Sama ada rancangan hujung minggu anda melibatkan laluan off-road untuk ke pantai tersembunyi atau sekadar ingin berkunjung ke restoran kegemaran untuk makan malam, Isuzu D-Max serba baru ada semuanya untuk memudahkan urusan dan keperluan anda.

Dilancarkan secara rasmi hari ini di Kuala Lumpur, Isuzu D-Max serba baru generasi ketiga yang telah direka semula secara menyeluruh ini hadir dengan penampilan kental dan sporty yang melonjakkan lagi imej tegap sebuah trak pikap, dan dalam masa sama menawarkan keselesaan ala SUV.

Dengan pendekatan yang membolehkan pemilik terus kekal dalam gaya dan keselesaan tanpa perlu mengorbankan perkara yang disukai pada trak pikap mereka, jurutera Isuzu telah menghasilkan sebuah kenderaan yang tidak hanya lebih senyap, lebih selesa dan bergaya, tetapi juga lebih kental, berkeupayaan serta boleh diharap sepanjang masa, dalam apa juga situasi.

CEO Nakamura (L) with COO Suzuki

“Jurutera Isuzu telah menghasilkan sebuah jentera yang lebih teguh, tahan lasak dan boleh diharap melalui model terbaru ini. Mereka menghabiskan banyak masa untuk membangunkannya dan telah menjalankan lebih empat juta kilometer ujian ke atasnya bagi memastikan ia mampu mencapai tahap terbaik yang pernah dicapai oleh model Isuzu D-Max.

“Mereka kemudiannya menambah pula bahagian permukaan lembut dan ciri berteknologi tinggi bertujuan melengkapi keperluan pengguna yang sentiasa inginkan tahap keselesaan seperti yang terdapat dalam sesebuah kenderaan moden,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura.

Memasuki segmen trak pikap gaya hidup peringkat tertinggi dengan varian X-Terrain, Isuzu D-Max flagship terbaru ini menggunakan enjin 3.0 liter yang telah dipertingkat beberapa perkara untuk memberikan prestasi serta maklum balas enjin yang lebih baik dan dalam masa yang sama, mengurangkan gegaran dan bunyi bising.

Enjin baru ini menjana 190 PS, membolehkan X-Terrain dipandu bersahaja dengan prestasi mengkagumkan serta lekuk tork yang telah diberi kemaskini, membekalkan maksimum 450 Nm dari serendah 1,600 rpm, dilanjutkan sehingga 2,600 rpm.

Ini digandingkan pula dengan kotak gear automatik baru enam-kelajuan yang cekap. Dibina atas platform Dynamic Drive Isuzu sendiri, Isuzu D-Max serba baru memanfaatkan ladder frame baru yang menawarkan lebih ketahanan untuk memastikan pengendalian dan kelasakannya sentiasa cemerlang.

Ditambah dengan talaan suspensi baru serta jarak antara roda lebih panjang yang membolehkan blok enjin diposisikan lebih ke belakang roda depan, ini membolehkan
pengendalian lebih dinamik dicapai disamping memberikan keselesaan berterusan.

Disudahi dengan bergaya melalui warna badan Valencia Orange atau Sapphire Blue, X-Terrain datang dengan ciri eksklusif termasuk penghidup enjin jarak jarak jauh, kunci differential belakang, sistem pengilap basah, kerusi balutan kulit coklat dengan larasan lapan-hala dan sokongan lumbar.

Turut dilengkapi skrin sentuh infotainmen 9-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay serta kelengkapan keselamatan maju Advanced Driver Assist Systems (ADAS) yang merangkumi amaran perlanggaran depan (FCW), brek kecemasan autonomous (AEB), amaran penukaran lorong (LDW), bantuan membelok, penghindaran salah operasi pedal, kawalan melayar adaptif (ACC) dengan fungsi Start/Stop, lampu tinggi automatik (AHB), peninjau titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), penghad kelajuan manual (MSL) dan brek multi-perlanggaran yang akan mengenakan brek sekiranya satu daripada tujuh beg udara digunakan.

Turut menyertai varian D-Max serba baru ini ialah dua varian Premium — 1.9-liter 4×4 Auto dan 3.0-liter 4×4 Auto — yang menawarkan keselesaan dan kaedah penggunaan optimum, tetapi dalam masa sama masih memberikan ketahanan ulung, seperti yang sinonim dengan jenama Isuzu selama ini.

Disasarkan sebagai penggunaan harian, varian Premium ideal bagi mereka yang meluangkan banyak masa dengan trak pikap ini dengan menyediakan tahap keselesaan dan kelengkapan keselamatan baru yang boleh dinikmati dalam kabin, terutama untuk perjalanan jauh.

Bagi pelanggan yang mempunyai kekangan perbelanjaan, dua penawaran bagi varian Standard juga ada disediakan. Dilengkapi enjin 1.9-liter yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm tork dan digandingkan sama ada dengan transmisi manual atau automatik enam-kelajuan, varian Standard lebih menumpukan kepada kegunaan bagi tujuan perniagaan untuk mengurangkan kos oeprasi tetapi kekal cekap sentiasa.

Turut ditawarkan ialah dua model Single Cab yang datang dengan pilihan enjin 1.9-liter atau 3.0-liter. Trak pelbagai kegunaan ini juga menawarkan kemampuan mengangkut beban yang luas dan fleksibel serta datang dengan kelengkapan keselamatan penting, membolehkannya diberikan penarafan lima-bintang bagi ASEAN NCAP.

Varian X-Terrain datang dalam warna eksklusif Valencia Orange atau Sapphire Blue, sementara model lain ditawarkan dalam pilihan warna seperti Silky White Pearl, Mercury Silver, Onyx Black dan Splash White.

Semua model Isuzu D-Max menikmati jaminan lima-tahun atau 150,000 km, sementara X-Terrain pula diberikan jaminan tujuh-tahun tanpa had perbatuan — ini adalah jaminan terbaik dalam kelas kenderaan trak pikap setakat ini.

“Isuzu D-Max serba baru ini telah mengumpulkan ramai peminat baru dalam pasaran yang telah ia hadir setakat ini. Sambutan seperti ini nampaknya diteruskan di Malaysia juga, dengan jumlah tempahan telah mencecah 1,000 unit sebelum pelancarannya hari ini.

Dengan minat mendalam terhadap Isuzu D-Max serba baru, saya yakin kami akan dapat mencapai sasaran jualan 6,400 unit yang telah ditetapkan,” Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Ringan Komersial Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

Kempen pandu uji “Breaking Boundaries” untuk Isuzu D-Max serba baru juga dimulakan hari ini di semua bilik pameran rasmi Isuzu, membolehkan pengunjung meninjau model baru yang menawan ini dengan lebih dekat.

Bermula dari sekarang hingga 31 Mei 2021, turut akan disediakan hadiah cenderahati serta peluang untuk memenangi hadiah wang tunai.

Harga bagi Isuzu D-Max serba baru ini bagi pendaftaran persendirian tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut

Isuzu D-Max 1.9L Single Cab (MT) RM88,599.20
Isuzu D-Max 3.0L Single Cab (MT) RM95,538.40
Isuzu D-Max 1.9 Double Cab Standard(MT) RM99,599.20
Isuzu D-Max 1.9 Double Cab Standard (AT) RM106,999.20
Isuzu D-Max 1.9 Double Cab Premium (AT) RM121,549.20
Isuzu D-Max 3.0 Double Cab Premium (AT) RM128,038.40
Isuzu D-Max 3.0 Double Cab X-Terrain RM141,938.40

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Isuzu D-MAX serba baharu, sila layari laman
pickuptruck.isuzu.net.my/