Duta Besar Arab Saudi di Malaysia Dato (Dr) Mahmoud Hussain Qattan telah menyerahkan kurma sempena bulan Ramadan daripada kerajaan Arab Saudi (Raja Salman Bin Abdul Aziz) kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan media di Malaysia.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, setiap tahun kurma diagihkan kepada NGO untuk disampaikan kepada sekolah tahfiz, penjawat awam, swasta, media dan anak-anak yatim.

Menurutnya, beliau menerima banyak kurma tersebut disebabkan tidak boleh pergi ke luar negara.

“Saya akan mengagihkan kurma berkenaan di pejabat kerajaan, mahkamah syariah, persatuan rumah sakit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), unit pergigian Mindef dan pelbagai tempat yang boleh dimanfaat untuk berbuka puasa.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Duta Besar Arab Saudi Dato Dr Mahmoud Hussain Qattan, Penasihat Islam Sheikh Abd Rahman Ibrahim Al Robian, pegawai kanan Kedutaan, Farhan Al Farhan dan pegawai penyelidik Ahmad Fazrin Yahya,” katanya.