Sempena Ramadan ini, Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) semalam mengagihkan 500 pek makanan dan 350 bubur lambuk kepada lebih 200 keluarga asnaf di sekitar Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, menerusi program Ihya Ramadan 2021 ini, pihaknya merancang mengadakan bantuan makanan untuk berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadan ini sekiranya ada sumbangan diterima daripada orang ramai.

Beliau berkata, untuk menyediakan juadah berbuka puasa ini, kos yang diperlukan sehari adalah antara RM3,500 hingga RM4,000.

“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka menjelang bulan Ramadan tahun ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan misi ini khususnya para dermawan yang sentiasa menyokong usaha Baitul Hasan untuk membantu golongan asnaf yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).