Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) semalam mengagihkan bantuan dengan menyantuni 120 pemandu teksi, pengawal keselamatan dan petugas perkuburan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, menerusi program Jom Bantu Asnaf COVID-19, pihaknya menyumbangkan bantuan dalam bentuk pek makanan asas iaitu beras dan kurma kepada penerima bantuan.

Beliau berkata, antara kawasan yang terlibat ialah sekitar Lembah Pantai, Bangsar, Petaling Jaya, Damansara, Kayu Ara, TTDI dan Subang Airport.

“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka menjelang bulan Ramadhan tahun ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan misi ini khususnya para dermawan yang sentiasa menyokong usaha Baitul Hasan untuk membantu golongan asnaf yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).