Platform penghantaran makanan yang berkembang pesat menerusi airasia super app – airasia food – bakal merevolusikan sektor perkhidmatan penghantaran makanan di Asean dengan pelancaran rasmi di Singapura pada hari ini.

Kini rakyat Singapura mungkin telah melihat pasukan penghantaran airasia yang mengenakan seragam bewarna merah di seluruh negara tersebut.

airasia food menawarkan para pengguna di Singapura alternatif baharu dan kompetitif untuk perkhidmatan penghantaran makanan. Ia menawarkan pelbagai pilihan menu dari restoran-restoran terkenal seperti No Signboard Seafood, The Shepherd’s Pie, Swee Choon Tim Sum, Maki-san, Pizza Express dan banyak lagi.

Sempena pelancaran rasminya pada hari ini, airasia food menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had selama dua minggu dari 2-16 Mac 2021 untuk penghantaran dalam jarak 8km dari lokasi pesanan.

Jumlah peniaga airasia food yang berdaftar di Singapura dijangka meningkat dengan cepat berdasarkan respons positif yang ditunjukkan oleh peniaga dan pelanggan. Untuk membuat pesanan melalui airasia food, pelanggan hanya perlu muat turun airasia super app, atau layari airasia.com/food.

Tan Sri Tony Fernandes, CEO of airasia Group

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Group berkata: “Pengembangan kami ke Singapura adalah satu lagi kejayaan bagi airasia super app yang telah menjadi platform e-dagang paling pesat sejak ia dilancarkan pada tahun lalu. Kami berbangga kerana di sebalik cabaran yang dihadapi berikutan pandemik COVID-19, airasia super app dan airasia food khususnya, semakin maju dan terus berkembang ke negara lain.

“Kira-kira 50% rakyat Singapura makan di luar pada setiap hari dan terdapat 2.7 juta pengguna aplikasi pesanan makanan dalam talian yang aktif pada tahun 2020, jadi kami berbesar hati untuk menjadi salah satu pemain industri perkhidmatan penghantaran makanan di Singapura – pasaran yang paling aktif di rantau ini, jika bukan di dunia. Singapura adalah sebuah negara yang dekat di hati kami dan secara peribadi, saya tidak sabar untuk terbang ke sana dan membuat penghantaran sendiri.

“Misi airasia food adalah untuk membantu perniagaan makanan tempatan dengan merendahkan kos operasi mereka dan menawarkan harga komisen yang jauh lebih rendah, seterusnya memberikan lebih penjimatan kepada para pelanggan.

“airasia food mempunyai infrastruktur lengkap yang disediakan oleh cabang logistik airasia, Teleport dan kemampuan untuk memanfaatkan ekosistem airasia dengan pangkalan data pengguna yang kuat. Melalui airasia food, kami berbangga kerana dapat menyumbang kepada ekonomi secara keseluruhan dan pada masa yang sama membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan apabila peniaga kami mengembangkan perniagaan mereka selain sentiasa berusaha untuk menambah pasukan penghantaran kami di Singapura.”

Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia super app berkata: “Kami mengalu-alukan lebih ramai peniaga makanan dan minuman untuk mendaftar dengan kami, dan airasia food akan menyediakan pasukan khusus untuk membantu para peniaga dan memulakan perniagaan dalam masa 48 jam tanpa bayaran pendaftaran. Mereka hanya perlu mengisi borang ini dan ejen airasia food akan menghubungi mereka secepat mungkin.

“Berdasarkan skim insentif kami, kami menganggarkan bahawa para penghantar memperoleh hingga SGD700 seminggu secara purata dan kami yakin ini adalah pilihan yang tepat bagi kebanyakan penghantar yang terjejas berikutan kenaikan harga petrol baru-baru ini. Selain itu, dengan kadar komisen yang lebih rendah untuk peniaga dan salah satu kadar penghantaran yang paling berpatutan berbanding platform lain, kami berharap untuk memberikan sumbangan positif kepada rangkaian penghantaran makanan di Singapura secara keseluruhan dan mengembangkan lagi segmen ini.”

Dengan mendaftar sebagai pengguna airasia super app, para pengguna boleh mengumpul dan membayar menggunakan BIG Poin untuk pesanan makanan mereka di airasia food. airasia food juga telah menambah ciri pesanan awal untuk menawarkan kemudahan bagi mereka yang lebih suka merancang pesanan lebih awal.

Sama ada anda membuat pesanan dari restoran, gerai, pusat penjaja dan peniaga kecil dari rumah, airasia food akan menghantar makanan kegemaran anda terus ke pintu rumah anda.

Untuk melihat senarai menu, muat turun airasia super app dan klik pada ikon ‘Food’ atau layari airasia.com/food.

Peniaga makanan dan minuman yang berminat untuk menyertai platform airasia food hanya perlu mengisi borang ini, dan mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada Pasukan Penghantaran airasia boleh mengunjungi halaman ini untuk mendaftar.