Dilengkapi dengan 3GB RAM untuk prestasi yang lancar dan storan dalaman 32GB, dengan pilihan storan luaran 1TB – hanya pada RM399 sahaja!

Samsung Malaysia Electronics teruja untuk memperkenalkan ahli baharu dalam siri mantap Galaxy A, iaitu Galaxy A02. Dicipta untuk mereka yang ingin kekal berhubung dan berkongsi pengalaman secara langsung, Galaxy A02 tiada tandingannya daripada segi prestasi untuk kegunaan seharian kita.

Dilengkapi kamera serba guna, paparan infiniti, dan hayat bateri tahan lama, peranti baharu ini memiliki fitur asas yang diperlukan pada harga yang pastinya akan menarik minat anda!

“Tidak dapat dinafikan yang pada saat-saat genting sekarang ini, telefon pintar adalah penting bagi kita untuk kekal berhubung dengan yang tersayang, berinteraksi dengan yang terdekat, dan juga membantu meningkatkan gaya hidup seharian kita melalui perkongsian pengalaman.

“Samsung sentiasa berinovasi dan kami komited untuk memberikan pengalaman mudah alih yang terbaik kepada pengguna kami, iaitu memberikan prestasi yang boleh dipercayai kepada ciri-ciri penting seharian,” kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Paparan Yang Awesome Mengikuti Kehendak anda

Sama ada anda sedang menonton video, mengimbas social media atau bermain permainan video – semuanya kelihatan lebih menarik melalui skrin 6.5” HD+ TFT Infinity-V Display Galaxy A02.

Dengan paparan Infinity-V Display, skrin serba canggih ini mengekalkan nisbah aspek yang seimbang yang memberi pengalaman tontonan seakan-akan realiti dalam pelbagai aktiviti harian anda.

Galaxy A02 tersedia dalam dua warna – Hitam dan Biru dengan reka bentuk bergaya yang diperbuat untuk keselesaan pengguna.

Kamera Yang Awesome untuk momen indah anda

Galaxy A02 memaparkan fungsi dwikamera, termasuk kamera 13MP yang berkemampuan menangkap gambar dengan jelas tanpa menjejaskan kualiti imej pada waktu siang dan malam.

Ia juga didatangkan dengan Kamera Makro 2MP yang boleh merakam butiran pada gambar yang tidak terlihat dengan mata kasar. Tambahan pula, dengan ciri Selfie Focus, anda boleh mengambil selfie yang menakjubkan menggunakan kamera depan 5MP.

Prestasi Awesome Untuk Pengalaman Yang Menakjubkan

Luangkan lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang anda gemari secara lancar dengan Galaxy A02 yang dijanakan oleh pemproses 1.5GHz Media Tek MT6739W Quad Core dan 3GB RAM, simpanan storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh  yang mampu memberikan anda kebebasan yang tidak terjangkau untuk strim dan muat turun.

Galaxy A02 menggunakan platform Samsung One UI Core untuk menggalakkan produktiviti, fokus dan kemudahan anda.

Direka untuk pengalaman peranti serba lancar dengan perisian luaran dan dalaman yang saling melengkapi dan ciri-ciri yang tersedia pantas di hujung jari.

Ia juga dilengkapi dengan Dark Mode untuk pengalaman yang selesa walaupun di dalam mod gelap.

Miliki Galaxy A02 hari ini pada harga pasaran yang disyorkan RM399 di Samsung Experience Stores, pengedar-pengedar berdaftar ataupun melalui e-store.