Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) pada 8 Januari lalu,  mengadakan Program Jom Bantu Asnaf 2021 -PKP 2.0 Covid 19 -Zakat & Infak Makanan – (Asnaf & Anak Yatim) di sekitar kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Menerusi program itu, Baitul Hasan telah menyantuni 100 orang anak yatim dan asnaf dengan bantuan makanan asas untuk setiap keluarga.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, meskipun negara ketika ini dilanda wabak COVID-19, pihaknya meneruskan usaha mengadakan program ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para dermawan yang bermurah hati membantu mereka. Kami sentiasa mendoakan muslimin dan muslimat sekelian sentiasa dimurahkan rezeki & diberikan ganjaran syurga oleh Allah swt.

“Insyallah..program ini akan dianjurkan juga di negeri lain seluruh Malaysia bergantung kepada sumbangan yang diterima.

“Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat,” katanya.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).