myTukar mengalakkan pendigitalan industri kenderaan terpakai di Malaysia Timur dengan transformasi cara lama penjualan kenderaan terpakai

myTukar Sdn Bhd, platform jual-beli kenderaan terpakai secara atas talian yang kian pesat membangun di Malaysia, mengumumkan pengembangannya ke pasaran Malaysia Timur dengan pembukaan dua hab pemeriksaan myTukar yang pertama di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Ini merupakan titik penting terhadap peningkatan pesat  myTukar yang ke arah mentransformasi industri kenderaan terpakai melalui  pendigitalan.

Jualan kenderaan terpakai menunjukkan peningkatan yang positif terutamanya pada suku ketiga tahun 2020, walaupun sewaktu pandemik melanda. 

Menurut MAA (Persatuan Automotif Malaysia), jualan kenderaan terpakai meningkat 100% pada enam bulan pertama tahun 2020. Bantuan moratorium dan insentif kewangan lain oleh Kerajaan, selain daripada keperluan memiliki kenderaan sendiri untuk mengurangkan masa berada di dalam pengangkutan awam turut menyumbang ke arah peningkatan jualan sepanjang 2020.

Ketua Pengarah Eksekutif myTukar, Fong Hong Sum berkata, “Dengan peningkatan permintaan terhadap kenderaan terpakai di seluruh negara, kami juga melihat peningkatan terhadap dagangan atas talian di kalangan penduduk di Malaysia Timur.

Ketika ini, hanya lebih kurang 26% pengedaar kenderaan terpakai di sana yang menjalankan transaksi secara atas talian.

Memandangkan misi myTukar adalah untuk memudahkan proses penjualan secara digital menggunakan platform kami, kami yakin ini merupakan masa terbaik untuk memasuki pasaran yang belum lagi diterokai di Malaysia Timur.

Platform myTukar yang inovatif ini dapat memberikan sokongan yang diperlukan oleh pengedar kenderaan di sana dan seterusnya dapat meningkatkan jualan mereka melalui ekosistem yang cepat, efisien dan menjimatkan.

Fong turut menambah bahawa Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325km yang dijangka siap pada 2023 menjadikan perjalanan darat lebih selamat dan selesa kepada  3.74 juta penduduk.

Projek pembangunan mega ini merupakan kesan pengganda terhadap ekonomi, termasuk untuk pasaran automotif dan lebih kurang 369 pengedar kenderaan terpakai di Sabah dan Sarawak.

Pengembangan myTukar ke pasaran Sabah dan Sarawak selaras dengan pelan peningkatan untuk 2021 dan memberi impak yang besar terhadap perkembangan pasaran kenderaan terpakai di sana.

Pada Oktober tahun lepas, myTukar mengumumkan pelan pengembangan yang pesat dengan pembukaan tujuh cawangan baharu pada 2020 menjadikan keseluruhannya sebanyak 15 cawangan di seluruh negara.

Platform berteknologi inovatif yang mula beroperasi pada 2018 berkembang dengan strategi perniagaan yang agresif untuk  industri kenderaan terpakai melalui pendigitalan dalam proses pembelian kenderaan terpakai.

Sehingga kini, myTukar memiliki sehingga 2,000 rangkaian pengedar dengan jumlah transaksi melebihi 27,000 unit kenderaan dengan nilai anggaran RM805 juta.

Pada awal Disember 2020, myTukar menjadi syarikat yang pertama dalam industri kenderaan terpakai di Malaysia yang dianugerahkan pensijilan berprestij  ISO 9001:2015 untuk Sistem Pengurusan Kualiti.