Sebuah syarikat Malaysia telah melangkah seiiring dalam menghasilkan penulen udara yang berkemampuan menghapuskan lebih daripada 99.9% virus COVID-19.

Solomon Global Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang terlibat dalam industri berasaskan kesihatan telah mengambil langkah proaktif dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.

Aurabeat AG+™ Silver Ion Plasma Sterilisation Air Purifier telah dikilangkan di Hong Kong
pada penghujung tahun 2019 dan telah menerima kelulusan daripada ‘Food and Drug
Administration (FDA)’ di Amerika Syarikat (AS), sebelum mendapat kelulusan dari pihak
Suruhanjaya Tenaga pada November 2020 yang membolehkan ia memasuki pasaran
tempatan di Malaysia.

“Produk ini bukan sahaja dapat membantu pemilik kediaman malah pemilik perniagaan juga berpeluang menjaga keselamatan staf dan pelanggan mereka daripada jangkitan virus
COVID-19.

“Ini bertujuan mengekalkan pertumbuhan perniagaan mereka dan merancakkan ekonomi secara menyeluruh,” kata Daryl Seow merangkap Pengarah Urusan Solomon
Global.

Dalam menongkah arus perkembangan dan pengedaran vaksinasi, penggunaan penulen
udara masih lagi meluas sehingga ke kawasan yang berisiko di Hong Kong. Ini merangkumi
hampir separuh hospital awam, tempat pengumpulan sampel COVID-19 dan kemudahan
kuarantin.

Dengan penggunaan Aurabeat, Seow berkeyakinan, dalam memaksimakan perlindungan
terhadap COVID-19 dan meminimakan kadar jangkitan di tempat kerja, kawasan awam dan juga restoran.

“Justeru, tidak perlu lagi khuatir tentang kekangan perniagaan, kehilangan sumber
pendapatan, penutupan perniagaan, biaya sampingan untuk pembersihan bangunan, dan
biaya ujian saringan atau ‘swab test’ yang merupakan suatu keperluan pada masa ini.

“Pandemik ini tidak memilih mangsa, oleh itu Solomon Global mengakui bahawa pencegahan adalah sangat serius dalam merungkai solusi tersebut. Ini adalah misi kami untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam langkah penjagaan kesihatan,” katanya.

Seow

Penulen Udara Aurabeat boleh didapati dalam tiga saiz iaitu saiz mudah alih yang sesuai
digunakan untuk ruangan kecil, dan Aurabeat AG+™ Silver Ion Plasma Sterilisation Air
Purifier sangat efisien untuk kegunaan di ruang perniagaan dan kediaman.

Manakala, Aurabeat AG+™ Anti-COVID-19 Commercial Filters pula melindungi sistem pengudaraan bangunan dan ruang komersial.

Produk ini menggunakan Teknologi Penapisan Udara Antivirus AG + ™ yang bakal dipatenkan dan mampu menghapus hampir 99.9% COVID-19 dalam tempoh 30 minit.

Penulen udara boleh memerangkap dan memusnahkan bukan hanya COVID-19 malahan
bakteria dan virus lain yang bersentuhan, sehingga mengurangkan kadar risiko jangkitan dan penyebaran melalui udara.

Ianya berfungsi melalui lima peringkat pembasmian kuman dan mekanisma penyaringan iaitu ‘Pre-Filter’, ‘High Efficiency Silver Ion Air Filter’, ‘Nano-crystalline Filter’, ‘UV Disinfection’ dan ‘Plasma Sterilisation’.

Kini, masyarakat buntu dalam mencari penyelesaian selain daripada mempraktikkan langkah pencegahan seperti mencuci tangan dengan kerap, memakai topeng muka dan menjaga jarak sosial yang selamat.

Dengan adanya produk ini, Seow berkata, ia mampu melengkapkan dan mengawal langkah pencegahan yang akan bermanfaat secara komprehensif.

Inovasi dan pencapaian produk ini disahkan oleh beberapa organisasi bebas melalui ujian
makmal, termasuk FDA dan MRIGlobal – sebuah institusi penyelidikan virus terkenal di AS.

Dalam memastikan keberkesanan penulen udara, makmal telah menggunakan sampel virus COVID-19 daripada pesakit yang disahkan positif. Aurabeat AG + ™ Silver Ion Plasma
Sterilization Air Purifier juga memperoleh persetujuan daripada kebanyakan organisasi bebas berkaitan keupayaannya dalam menghapus virus dan bakteria.

Seow berkata, Aurabeat sangat sesuai digunakan di rumah, pejabat dan di kompleks-kompleks besar seperti pusat membeli-belah, hotel dan sekolah. Sejak diciptakan, ia telah
mendapat sambutan yang hangat dan kini digunakan di lebih 20 buah negara.

Beberapa Jabatan Kerajaan di Hong Kong, premis perniagaan seperti Sun Hung Kai Properties, klinik, sekolah, pusat membeli-belah dan bangunan lain juga disarankan dalam penggunaan Aurabeat.

Solomon Global ditubuhkan pada tahun 2013 dan berkepakaran dalam menghasilkan produk menjurus kepada kesihatan yang memfokuskan dalam pengurangan risiko jangkitan virus.

Ketahui lebih lanjut mengenai penulen udara Aurabeat dari Solomon Global di
https://solomonglobal.com.my/ atau hubungi 03-5882 9501 / 013-773 7387 untuk maklumat lanjut.