Inisiatif menggalakkan rakyat Malaysia menjadi sebahagian daripada revolusi digital baharu dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan Takaful

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan melalui FWD Affiliate, dengan cara yang mudah, langsung dan percuma kepada mereka yang suka berkongsi dan berhubung di media sosial – semuanya di keselesaan rumah masing-masing.


 
Dilancarkan pada Disember tahun lalu, FWD Affiliate adalah sebahagian daripada usaha berterusan FWD Takaful dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang pentingnya perlindungan Takaful sambil menawarkan peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan.

Berikutan pandemik ini, rakyat Malaysia telah memberikan penekanan lebih besar kepada kesihatan dan kesejahteraan mereka secara keseluruhan dan memastikan bahawa mereka mendapat perlindungan secukupnya untuk situasi-situasi yang tidak diduga pada masa hadapan.
 
Program ini dilancarkan bagi membolehkan rakan affiliate memperkenalkan pelan-pelan FWD Takaful yang ditawarkan melalui rangkaian agensi seperti FWD Family First, FWD Future First dan FWD Invest First.

Kini, inisiatif ini akan turut menawarkan pelan-pelan Takaful dalam talian lain seperti FWD Protect Direct, FWD Care Direct dan FWD MedSecure Direct untuk memberikan lebih banyak pilihan untuk dikongsi oleh rakan affiliate.
 
Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Pegawai Strategi & Pengedaran Digital FWD Takaful berkata, FWD Affiliate sangat sesuai untuk perhubungan digital pada masa kini melalui model yang berdaya tahan terhadap persekitaran dan keadaan.

“Dengan penambahan produk dalam talian yang mampu milik, kami kini mempunyai rangkaian produk yang lebih menyeluruh untuk dikongsi oleh rakan-rakan affiliate kami. Kami yakin bahawa inisiatif ini akan membantu keperluan orang ramai pada masa ini dan membantu untuk mengubah pandangan orang ramai tentang takaful.”


 
Wan Mohd Fadhlan Mohd Azmi, Ketua Pegawai Agensi FWD Takaful menambah, “Kesinambungan dan kebergantungan digital terus meningkat pada waktu sukar ini. Kami menyeru semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk memanfaatkan rangkaian media sosial mereka yang luas dan menyertai kami sebagai FWD Affiliate, untuk menjana pendapatan tambahan dengan mudah tanpa modal, dan tidak perlu menjual.”
 
Rakan FWD Affiliate akan mempunyai fleksibiliti dan kebebasan untuk menentukan pendapatan yang ingin dijana. Dengan proses yang jelas dan mudah, mereka boleh mengawal kandungan yang mereka ingin kongsi serta memantaunya dengan hanya menggunakan satu aplikasi.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk menjadi FWD Affiliate:
1. Buka akaun dan muat turun aplikasi FWD Affiliate untuk dipasangkan dengan salah seorang ejen berdaftar kami.
2. Kongsi kandungan yang telah dihasilkan kepada rangkaian media sosial anda.
3. Dapatkan bayaran rujukan untuk setiap pelan yang pelanggan sertai.


 
Setakat akhir Oktober 2020, FWD Affiliate telah berjaya mendaftar hampir 2,000 rakan affiliate dan menghasilkan lebih daripada 1,600 bakal pelanggan.
 
Sertailah revolusi digital baharu ini dan penuhi keperluan bagi menyara kehidupan anda di samping membantu orang lain mendapatkan perlindungan. Layari fwd.com.my/affiliate untuk mendaftar sebagai FWD Affiliate hari ini dan mula menjaya pendapatan tambahan. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau emel [email protected] untuk maklumat lanjut.