Pembukaan kedai serbaneka 77 Halal Grocer di Bandar Tropicana Aman, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, di sini dilihat dapat memenuhi keperluan pengguna setempat selain turut membantu memacu pasaran produk keluaran pembekal Muslim selain berkualiti.

Berkonsepkan suci dan halal, kedai serbaneka ini membekalkan produk serta makanan sejuk beku pada harga berpatutan dan berkualiti bagi memenuhi keperluan harian kira-500,000 pengguna di situ.

Nor Faisal menunjukkan produk sejuk beku yang terdapat di 77 Halal Grocer kepada pelanggan

Antaranya pelbagai kuih muih sejuk beku seperti karipap, roti canai, donut, pau, popia, murtabak selain ayam sejuk beku, makanan hasil laut dan makanan sejuk beku yang sedia dimakan seperti nasi goreng, ayam percik, nasi lemak dan paru berlada.

Turut dipasarkan ialah kambing perap, nuget, kentang goreng, sosej, dimsum, set stim bot dan chicken chop selain pelbagai kek coklat.

Pengasasnya, Nor Faisal Ibrahim berkata, idea untuk membuka kedai serbaneka dengan konsep tersebut tercetus ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu berikutan kesukaran masyarakat setempat mendapatkan bekalan.

Katanya, beliau bersama beberapa orang rakan menubuhkan syarikat AP Crest Sdn Bhd seterusnya membuka kedai serbaneka tersebut bagi membuka peluang pengusaha tempatan yang tidak mempunyai platform atau modal untuk memasarkan produk-produk mereka.

“Setakat ini 77 Halal Grocer telah bekerjasama dengan 80 pembekal untuk memasarkan kira-kira 1,000 jenis produk. Sebenarnya terdapat banyak produk-produk pengusaha kecil yang berkualiti dan berpotensi untuk diperluaskan pasarannya.

“Dengan menggunakan cara perniagaan ini kita membantu membawa jenama usahawan kecil bumiputera dan muslim disamping memenuhi keperluan asas harian komuniti setempat,” katanya kepada Prebiu.com.

Kedai serbaneka ini yang mula beroperasi pada 16 Ogos lalu telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan bersama dengan pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch dan Malakat Mall, Fadzil Hashim.

Konsep susun atur kedai yang kemas, bersih dan teratur juga memudahkan pelanggan untuk memilih barang-barang selain dapat berbelanja dalam keadaan selesa sama sepertimana konsep kedai serbaneka ternama.

Selain kedai fizikal, 77 Halal Grocer turut menyediakan kedai maya menerusi laman web https://77halalgrocer.yezza.store/ disamping khidmat penghantaran terus ke rumah pelanggan.

“Penghantaran pada jarak 20 kilometer manakala lokasi yang jauh pula kita menggunakan khidmat kurier sama untuk barang-barang kering sahaja pada kadar RM15 bagi setiap lima kilogram.

“Pada masa sama kita juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk membuka kedai sejuk beku atas nama 77 Halal Grocer di komuniti masing-masing untuk menghubungi pihak kami ditalian 03-8683 2851 atau 012-9391 410,” katanya.