PROTON ingin mengumumkan seorang pekerjanya disahkan positif jangkitan wabak COVID-19 pada 14 Oktober 2020.

Pekerja ini bertugas di bahagian Penyelidikan & Pembangunan di Shah Alam, beliau telah
dihantar ke pusat rawatan kerajaan selepas keputusan positif itu diketahui.

Pihak syarikat, yang telah mengikuti semua garis panduan pencegahan dari pihak kerajaan, telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kemungkinan penularan wabak ini.

Aktiviti pengesanan kontak telah dimulakan dan semua rakan sekerja telah diarahkan untuk berkuarantin di rumah masing-masing. Pembersihan secara mendalam dan pembasmian kuman telah dijalankan di kalangan tempat kerja PROTON.

Oleh kerana pekerja terlibat tidak menghadap para pelanggan, pihak syarikat yakin bahawa risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah.

Sejak permulaan pandemik ini, PROTON telah mengikuti semua garis panduan yang dibentang oleh pihak berkuasa dan kami ingin mengesyorkan semua pelanggan bahawa akan terus berbuat demikian.

Situasi ini akan dipantau secara terperinci sebelum keputusan untuk langkah-langkah
seterusnya diambil. Keselamatan semua pekerja PROTON, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa diutamakan.