Projek kediaman terbaharu Desa ParkCity menyaksikan lebih 86% unitnya terjual semasa acara jualan prioritinya.
Perubahan ketara dalam keutamaan gaya hidup mendorong para pemaju memikirkan semula ruang bersama di bangunan kediaman tinggi yang moden, di mana kewujudan “Ruang Keempat” dan penambahan rumah sama ada untuk belajar, bekerja atau bersosial menjadi bahagian penting kehidupan seharian.
Sebagai tambahan menarik terbaru kepada perbandaran Desa ParkCity yang telah memenangi anugerah, ParkCity melancarkan Park Place, sebuah pembangunan kondominium pertama seumpamanya yang terletak di antara Central Park dan Town Square Park yang sedang dibina.
Dengan pandangan jauh ParkCity yang cepat menyesuaikan diri dengan gaya hidup pembeli rumah yang senantiasa berubah, pemikiran ke hadapan ini banyak memberi manfaat kepada pelancaran baru-baru ini sekali gus menetapkan standard baharu kediaman bertingkat tinggi.
Dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 4.55 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM770 juta, Park Place menawarkan 537 unit rumah bermula dari 1,109 kaki persegi sehingga 4,047 kaki persegi.
Setiap unit mempunyai dua hingga empat bilik tidur yang tersusun di tiga bahagian setara bergaya elegan di sebuah menara yang sama, yang menghadap landskap menghijau Desa ParkCity dan pemandangan indah langit Kuala Lumpur.
Park Place terdapat 5 jenis unit yang berbeza sesuai untuk gaya hidup setiap pembeli rumah individu, pasangan muda atau keluarga yang sedang berkembang, seperti Type A, B, C dan D yang berharga dalam lingkungan RM900,000 ke RM2.2 juta serta Type E, dengan 5 unit duplex terhad dimana harganya bermula daripada RM2.9 juta.
Kediaman bertingkat tinggi moden menuntut ruang yang terancang dan tersusun bagi membolehkan penghuni menjalani kehidupan yang mereka ingini. Dengan tumpuan diberikan kepada estetika seni bina berserta kemudahan dan kemasan berkualiti tinggi.
Park Place telah menetapkan dinamik baharu dalam kediaman bertingkat tinggi dengan menggabungkan pelbagai ciri yang memenuhi keperluan dinamika gaya hidup moden.
Dijadualkan siap pada tahun 2024, Park Place akan megah berdiri setinggi 54 tingkat untuk menghadirkan gaya hidup komunal baharu yang holistik berserta ruang sosial dan kerja yang kreatif.
Selain kemudahan umum biasa seperti gimnasium, kawasan barbeku, kolam renang kanak-kanak dan kolam renang bersaiz Olimpik di tingkat 8 podium, Park Place juga menawarkan peluang aktif untuk interaksi sosial menerusi Sky Garden seluas lebih 20,000 kaki persegi di Aras 41 dan 42, direka sebagai penambahan rumah yang menyediakan ruang untuk bekerja, bersantai, belajar dan bersosial.
Park Place direka sebagai lambang kehidupan bertenaga yang merangkumi unsur-unsur seperti kreativiti, kebolehcapaian dan kemampanan,
Pengarah Reka Bentuk PIA Interior Vachirapong Danny Arthayukti percaya bahawa ParkCity adalah pemaju pertama yang menawarkan penambahan ruang-ruang keluasan sebegini bagi setiap unit individu.
Dalam melengkapkan pelan strategik Desa Park City, penghuni Park Place boleh menikmati kesemua kemudahan hidup di perbandaran mampan lengkap dengan keselesaan dan kemudahan.
Terletak paling hampir adalah The Waterfront, iaitu pusat hiburan ikonik dan Plaza Arkadia yang menyediakan ruang pejabat, hiburan dan pilihan F&B.
Central Park yang terletak berhampiran pula adalah tempat ideal untuk ahli keluarga dan rakan-rakan berkumpul dan berkongsi minat melalui aktiviti berkelah, berjalan kaki secara santai, kanak-kanak bermain atau bersenam.