Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur merayu sumbangan wakaf, sedekah, zakat, infak atau tajaan bagi kemudahan asas Pusat Pengajian Islam @ Maahad Tahfiz Baitul Hasan Kelantan.
Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, maahad tahfiz itu kini hampir siap dibina dan dijangka dibuka pada tahun 2021.
Beliau berkata, pihaknya ingin membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat yang bermurah hati untuk melengkapkan bangunan ini dengan pelbagai kemudahan asas untuk pengajaran dan pembelajaran anak yatim, asnaf serta jemaah nanti.
“Memandangkan bangunan MTBH telah 95% siap dibina, pihak kami merayu sumbangan muslimin & muslimat bagi kemudahan asas seperti kerusi, meja, rehal, katil, almari dan sebagainya menjelang pembukaan MTBH pada tahun 2021 kelak.
“Katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur ) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).
“Terima kasih atas sumbangan anda ..moga ia menjadi amal soleh buat kita diakhirat nanti. Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami,” katanya.
Beliau berkata, MTBH adalah sebuah maahad tahfiz moden yang dilengkapi pejabat pentadbiran, dewan kuliah utama, kelas, pusat sumber, asrama,dewan makan dan sebagainya.
Ia akan dibuka kepada anak yatim, asnaf dan jemaah yang berminat mendalami ilmu Al-Quran khususnya hafazan secara percuma @ tajaan.
Baitul Hasan ini ditubuhkan pada 3 September 2013 dan aktif membantu golongan asnaf dan memerlukan dengan menganjurkan beberapa program berbentuk pendidikan, sumbangan kewangan dan barangan.
“NGO ini bukan saja menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di dalam negara, malah juga di luar negara menerusi wakil yang dilantik.
“Kita bawa misi dan matlamat untuk membantu golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) merangkumi aspek pendidikan, kemahiran, kesihatan, barang keperluan harian, motivasi dan kaunseling,” katanya.