Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan tawaran perkhidmatan selepas jualan baharu iaitu perkhidmatan bergerak “Direct to your Door”, yang disediakan untuk semua pemilik moped, skuter dan “street bike” jenama Modenas bermula 8 Ogos 2020.
Inisiatif baru ini adalah bersempena dengan Ulang tahun ke-25 MODENAS dan aspirasi syarikat untuk terus mengembangkan serta meningkatkan prestasi perkhidmatan selepas
jualan.
Pelanggan MODENAS di bandar yang terpilih kini tidak perlu bimbang kerana tidak dapat
menghantar motosikal mereka untuk diservis kerana kesibukan masa.
Dengan hanya beberapa klik dihujung jari untuk membuat temujanji, pasukan pekhidmatan selepas jualan MODENASakan terus menemui pelanggan dan membantu menjimatkan masa perjalanan untuk servis motosikal.
Perkhidmatan bergerak ini disediakan berdasarkan temujanji dalam jarak 15km dari
pusat servis yang terpilih.
Juruteknik servis selepas jualan MODENAS telah dilatih untuk menguruskan keseluruhan
proses. Pada masa yang sama, syarikat juga menyediakan juruteknik servis dengan motosikal dan van yang dilengkapi dengan peralatan yang diperlukan bagi mengendalikan proses penyelenggaraan perkhidmatan bergerak “Direct to your Door” di lokasi.
Berikut adalah pusat servis terpilih yang menawarkan Perkhidmatan Bergerak MODENAS
“Direct To Your Door”:
Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak Tel : 04-466 8117
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang Tel : 04-466 8199
Hari Operasi : Isnin hingga Sabtu
Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
: 9.00 pagi hingga 12.30 petang (Sabtu)
: Tutup pada Hari Kelepasan Am
Harga yang dikenakan :Bergantung kepada jenis penyelenggaraan + RM10 bayaran caj perkhidmatan
Jenis – Jenis penyelengaraan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Pelanggan MODENAS dijemput untuk membuat temujanji melalui pautan
https://bit.ly/DTDService atau menghubungi pusat servis yang berdekatan secara langsung
untuk maklumat lanjut.