The Salvation Army mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Pusat Perubatan Borneo untuk kediaman baru di Kota Samarahan, Sarawak
The Salvation Army berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memperuntukkan sebidang tanah seluas 7.5 hektar di Kota Samarahan bagi memindahkan rumah kebajikannya yang kini berada di Jalan Ban Hock dan Jalan Uplands.
Hak milik tanah telah diberikan kepada The Salvation Army untuk pajakan selama 60 tahun. Dengan peruntukan tanah tersebut, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Kerajaan Sarawak juga telah memberikan dana bernilai RM4 juta bagi membantu membina fasiliti baru.
Anggaran kos bagi membina fasiliti khas yang baru ini bernilai lebih kurang RM15.5 juta.
Dengan dana RM4 juta daripada Kerajaan Sarawak dan RM9 juta daripada Pusat Perubatan
Borneo, The Salvation Army masih memerlukan dana sebanyak RM2.5 juta bagi membina fasiliti baru yang amat diperlukan oleh masyarakat.
Pegawai Daerah The Salvation Army Malaysia, Mejar Francis Ng berkata, “Kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Pusat Perubatan Borneo
kerana telah memberi peruntukan tanah dan dana bagi membantu kami dalam pembinaan
fasiliti yang baru.
Dengan premis baru ini, The Salvation Army dapat memenuhi keperluan masyarakat yang memerlukan bantuan. Sejak tahun 1950-an, kami telah membantu ramai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik atau agama mereka.
Hari ini, kami memperbaharui komitmen kami untuk terus menyediakan perkhidmatan penting kepada mereka yang sangat memerlukannya.
“Pada masa ini, rumah kebajikan The Salvation Army di Kuching sedang menempatkan seramai 72 kanak-kanak. Dengan fasiliti baru, The Salvation Army dapat memperluas jangkauan mereka untuk menjaga seramai 80 kanak-kanak.
“The Salvation Army juga sedang meneliti dan mengkaji kemungkinan untuk menambah fasiliti rumah jagaan untuk orang tua, yang merupakan keperluan yang semakin meningkat dalam masyarakat kita. Fasiliti baru The Salvation Army dijangka siap dibina pada tahun 2022.
Mengenai The Salvation Army
Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1938, The Salvation Army di Malaysia adalah sebuah badan kebajikan yang menyediakan pusat penjagaan dan perkhidmatan untuk mereka yang terdesak.
Kerja kami merangkumi pusat penjagaan untuk kanak-kanak dan orang tua, program
pendidikan melalui tadika dan pusat jagaan harian, pusat keperluan khas untuk golongan yang kurang upaya dan pelbagai program sosial melalui pusat khidmat masyarakat kami.
Usaha kami juga merangkumi perkhidmatan bantuan kecemasan pada masa krisis.