Dalam usaha menanam keyakinan pembeli rumah dan memberi mereka peluang memiliki rumah impian dengan mudah, IJM Land Berhad (IJM Land) memperkenalkan kempen pemilikan fleksibel ‘Now You Can’.
Kempen itu disediakan untuk bakal pembeli rumah ketika situasi pembiayaan yang sangat mencabar ini akibat pandemik COVID-19.
IJM Land sungguh memahami kebimbangan dan ketidakpastian yang dihadapi oleh pembeli rumah. Oleh itu, Kempen ‘Now You Can’ yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Oktober 2020 bertujuan untuk meringankan beban kewangan pembeli rumah di samping membantu mereka memiliki kediaman impian dan menyokong pelaburan mereka.
Mengulas mengenai kempen pemilikan rumah ‘Now You Can’, Pengarah Urusan IJM Land, Edward Chong berkata, “Kami sangat teruja melancarkan kempen “Now You Can‟ untuk memberi jaminan kepada pembeli rumah dan mendidik mereka tentang prospek pelaburan hartanah pada masa yang mencabar ini, termasuk kadar faedah yang rendah, pelan simpanan yang ideal dan ganjaran yang tinggi.
Ini memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa risiko pelaburan ini adalah rendah. Dalam setiap krisis selalu ada peluang, dan jika ada perkara yang boleh dipelajari dari tahun ini, ia pasti mengenai pentingnya mempunyai simpanan dan pelaburan bagi melindungi masa depan anda.”
IJM Land sedar setiap pembeli rumah adalah unik. Dengan kempen tersebut, IJM Land mengambil inisiatif tambahan dalam membangunkan pelan serta penyelesaian yang sesuai demi memenuhi keperluan dan kehendak individu.
Perlindungan kewangan juga disediakan sekiranya berlaku kehilangan atau pengurangan gaji – inilah hasrat murni IJM Land untuk membantu lebih ramai orang memiliki impian
Malaysia dalam tempoh yang mencabar ini.
Projek hartanah IJM Land meliputi jenis-jenis hartanah yang berbeza dan pelbagai saiz unit. Projek-projek pelancaran baharu, kondominium sedia pindah dan rumah bertanah yang tersedia dapat memenuhi keperluan pembeli yang terdiri daripada keluarga besar hinggalah individu bujang dan berpasangan.
Sebahagian besar hartanah IJM Land di seluruh negara terletak di lokasi yang selesa dan
strategik, berdekatan lebuh raya dan hab pengangkutan di kawasan pertumbuhan utama.
Perbandaran yang terlibat dalam kempen ini termasuk Pantai Sentral Park di Kuala Lumpur, Bandar Rimbayu, Shah Alam 2 – Alam Suria Enclave dan Seremban 2.
Projek-projek lain merangkumi hartanah di seluruh negara seperti Riana Dutamas di Kuala Lumpur, Permatang Sanctuary di Bukit Mertajam, Trehaus dan The Light Waterfront di Pulau Pinang, Bandar Utama di Sandakan, Kuching Riverine Resort di Kuching serta Nasa City, Austin Duta dan Sebana Cove di Johor Bahru.
Pembeli rumah harus mengambil peluang daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Mei 2021 kerana mereka akan menikmati faedah dan penjimatan dalam tempoh terhad yang ditawarkan oleh kempen tersebut.
Bersempena dengan HOC 2020, pembeli rumah layak mendapat tawaran menarik untuk pelbagai hartanah IJM Land, termasuk rebat khas, pakej perabot rumah, pelan pembayaran sifar faedah, tawaran pindah masuk, yuran guaman pinjaman percuma,
serta faedah pengecualian duti setem HOC ke atas MOT sehingga RM1 juta dan duti setem pinjaman sehingga RM2.5 juta, yang mengurangkan kos pemilikan rumah.
IJM Land percaya majoriti bakal pembeli dan pelabur berpotensi akan terus menggunakan platform maya pasca-Covid-19. Dengan perubahan tingkah laku pengguna, IJM Land telah mempertingkatkan portal dan mengemas kini laman webnya untuk menerima tempahan dalam talian yang membolehkan pembeli menempah hartanah IJM Land yang diingini malah membelinya dengan mudah dan selesa dari kediaman masing-masing.
Wakil jualan yang terlatih secara profesional juga akan ditugaskan untuk membantu
semua pembeli rumah dalam setiap langkah berkaitan sekali gus memberikan mereka pengalaman membeli rumah yang lancar.
Setelah tempahan disahkan, wakil projek akan menghubungi pembeli untuk mendapatkan dokumen, formaliti kewangan dan insurans dan memperuntukkan unit anda sebelum IJM
Land menyerahkan rumah baharu anda tersebut.
IJM Land akan terus membangunkan pangkalan pelanggan dan memasarkan hartanahnya dengan melakukan penambahbaikan platform pemasaran digital, mengurus kandungan media sosial dan memberikan pengalaman mendalam menerusi video dan penerokaan maya 360° unit rumah contoh.