Dikala kita semua menyesuaikan diri dengan norma baharu, Pizza Hut telah mendapat ilham daripada keunikan budaya rakyat Malaysia yang mencintai kepelbagaian dalam kehidupan mereka, sama ada melalui makanan, pertuturan dan gaya hidup.
Lebih-lebih lagi dari segi makanan, kerana Malaysia meraikan kepelbagaian kaum dan etnik yang menarik dengan menggabungkan pelbagai budaya untuk mencipta gabungan citarasa selera Malaysia yang unik.
Budaya “campur” yang unik di Malaysia ini telah menginspirasikan penciptaan Piza Nasi Lemak dan slogan kempennya “Rasa Campur, Lagi Bes Bersama”, selaku penghormatan khas kepada kepelbagaian budaya kita yang kaya dan rakyat yang hidup bersatu-padu.
“Rakyat Malaysia jadi lebih baik ketika kita “campur” bersama-sama dan piza Nasi Lemak ini adalah contoh bagaimana rakyat Malaysia gemar menggabungkan sesuatu dalam hidup mereka, dengan mencampurkan semuanya bersama-sama dan membentuk sebuah kesatuan, sama seperti piza Nasi lemak ini yang merupakan kombinasi harmoni antara piza
dan Nasi Lemak,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.
Bagi pelancaran kempen produk ini, Pizza Hut telah memberi penghormatan kepada rakan-rakan pesaingnya yang juga telah menerapkan budaya ‘campur’ rakyat Malaysia dengan cara mereka tersendiri; sebagai contoh; McD dengan ciptaan “Burger Nasi Lemak” mereka, dan Marrybrown pula dengan “Ais Krim Nasi Lemak”, serta banyak lagi.
Kempen ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos bagi meraikan perpaduan kebudayaan rakyat Malaysia yang telah lama menjadi kebanggaan negara kita.
Dicipta oleh bahagian Teknologi Inovasi Makanan Pizza Hut Malaysia, piza Nasi Lemak ini merupakan gabungan piza kegemaran semua dipadankan dengan topping ayam rangup dan sambal enak serta elemen-elemen ‘perlu-ada’ dalam hidangan Nasi Lemak seperti ikan bilis, kacang tanah dan timun.
Piza ini terus menguja selera dengan poket keemasan dipenuhi dengan ayam perap santan dan limpahan keju. Piza ini semestinya harus dicuba oleh semua penggemar Nasi Lemak.
Anda boleh menikmati piza Nasi Lemak Pizza secara ala carte pada harga RM38.90 dan juga melalui pelbagai hidangan kombo pada harga bermula dari RM40.90. Turut diperkenalkan untuk melengkapkan hidangan piza baru ini adalah minuman Soda Bandung yang merupakan olahan Sirap Bandung klasik dengan rasa soda.
Dengan pengumuman kerajaan yang membenarkan operasi makan-di-restoran mengikut SOP baru-baru ni, Pizza Hut telah membuka servis makan-di-restorannya bermula 1 Jun lalu, menjanjikan pelanggan dengan pengalaman makan-di-restoran tanpa rasa ragu-ragu atau bimbang.
Pizza Hut memastikan kesihatan dan keselamatan semua pengunjung dan kakitangannya dengan menetapkan standard kebersihan dan kualiti tertinggi sejajar dengan polisi-polisi dan garis panduan kerajaan.
Promosi piza Nasi Lemak boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bermula dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2020 untuk khidmat makan-di-restoran, penghantaran dan juga bawa pulang sementara stok masih ada.
Sila pilih khidmat No-Touch Delivery dan No-Touch Takeaway di aplikasi Pizza Hut atau laman web untuk menikmati piza kegemaran anda pada kaedah bebas-sentuhan yang paling selamat. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari
www.pizzahut.com.my