AirAsia menyokong usaha kerajaan dalam membendung penyebaran Covid-19 dan menyambut baik pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa 10 Jun 2020 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menjana kembali ekonomi Malaysia.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, negara-negara di seluruh dunia telah membenarkan perjalanan domestik dan membuka kembali pintu masuk antarabangsa secara beransur-ansur sebagai pengiktirafan bahawa pengangkutan udara adalah penting untuk menjana kembali aktiviti ekonomi.

A321neo

Pembentukan dan perbincangan mengenai “perjalanan terkawal” dan “laluan hijau” dengan negara-negara ekonomi utama yang mempunyai kadar jangkitan rendah dan sistem pencegahan pandemik yang berkesan adalah langkah yang tepat.

Sektor penerbangan dan pelancongan menyumbang sekitar 4% dan 10% daripada KDNK dunia. Lebih 65 juta pekerjaan di seluruh dunia disokong oleh sektor penerbangan, sementara 1 daripada 10 pekerjaan di seluruh dunia disumbang oleh sektor pelancongan.

Perjalanan udara adalah salah satu kaedah perjalanan yang paling selamat. Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), risiko jangkitan di dalam pesawat terbukti amat rendah.

Ini kerana pesawat dilengkapi dengan ciri-ciri untuk mengurangkan risiko jangkitan yang telah terbukti amat rendah dalam pesawat.

Kedudukan penumpang yang menghadap ke hadapan tempat duduk berfungsi sebagai penghadang, sementara udara di dalam kabin ditapis sepenuhnya dan diperbaharui pada setiap 2-3 minit melalui penapis HEPA bergred hospital, untuk memastikan udara sentiasa bersih.

Tambahan pula, peningkatan keselamatan-bio yang meliputi seluruh perjalanan penumpang, akan terus mengurangkan risiko jangkitan di dalam pesawat.

Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan kami.

Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko untuk memastikan keselamatan untuk semua.