Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM37,623,209.67.

Bayaran zakat itu diterima daripada 6 syarikat korporat dalam satu Majlis Zakat Korporat 2020 yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berikut adalah 6 syarikat yang menunaikan Zakat Perniagaan mereka pada majlis itu:

1.     Amanah Hartanah Bumiputera – RM3,429,447.44
2.     Bank Islam Malaysia Berhad – RM5,665,101.00
3.     Bank Pembangunan Malaysia Berhad – RM834,000.00
4.     Lembaga Tabung Haji – RM7,994,661.23
5.     Suruhanjaya Syarikat Malaysia – RM16,000,000.00
6.     UDA Holdings Berhad – RM3,700,000.00

Penganjuran Majlis Zakat Korporat 2020 ini bertujuan sebagai galakkan kepada syarikat korporat lain untuk membayar zakat perniagaan mereka agar lebih ramai golongan asnaf di Wilayah Persekutuan dapat dibantu.

Setakat April 2020, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM47,232,417.96 berbanding tahun lepas RM40,295,505.06 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 17 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, PPZ-MAIWP mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat di PPZ-MAIWP atas keprihatinan dalam memahami asnaf di situasi sekarang.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua umat Islam untuk segera menunaikan zakat lebih-lebih pada 10 terakhir Ramadan bagi meraih pahala berganda di samping dapat membantu lebih ramai asnaf yang memerlukan dalam keadaan yang sukar kini,” katanya.

Pada majlis yang sama, PPZ-MAIWP turut menerima sumbangan sebanyak RM2,250,000.00 untuk Tabung Musaadah COVID-19 PPZ daripada 6 syarikat korporat iaitu:

1.    Cagamas Berhad – RM50,000
2.    Maybank Berhad – RM350,000
3.    Lembaga Tabung Haji – RM500,000
4.    Bank Pembangunan Malaysia Berhad – RM1,000,000.00
5.    CIMB Bank Berhad – RM300,000
6.    UDA Holdings Berhad – RM50,000

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, serta Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.