Dalam meraikan Hari Pekerja Antarabangsa, Coca-Cola melancarkan sebuah filem pendek yang mempersembahkan ode kepada manusia dan semangat kemanusiaan dalam masa-masa yang mencabar ini.
Berjudul “For the Human Race”, filem itu menyoroti tumpuan kepada semangat kemanusiaan dan sifat pemurah di dalam manusia di seluruh dunia yang melanda krisis semasa dan memberikan penghormatan kepada harapan sejagat, semangat positiviti dan kebersamaan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terus bertungkus lumus untuk memastikan kita selamat dari krisis semasa, terutama yang berada di barisan hadapan” kata Ahmed Yehia, Pengurus Negara, Coca-Cola Singapura dan Malaysia.
“Setiap hari, kami mendapat inspirasi dan semangat dari sifat-sifat tidak mementingkan diri, baik hati, dan keberanian orang ramai di seluruh dunia.
“Melalui filem pendek global ini, kami ingin menghargai dan memberi penghormatan kepada sikap positiviti, kebersamaan dan sifat permurah sesama manusia”
Filem #ForTheHumanRace dilancarkan di saluran Youtube Coca-Cola Company:
Kredit:
Agensi Kreatif: Merdeka LHS – Dentsu Group
Muzik: “Superheroes” oleh The Script