Ong Peng Chu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OnMuse Music, bersama Penerbit Eksekutif, Aesos Lai telah bekerjasama dengan penerbit muzik dan komposer Indonesia yang terkenal, Chossy Pratama untuk mengarang dan mengeluarkan lagu bahasa Inggeris Jeryl Lee yang pertama ,’Respect 1,000,000′.

Lagi berkenaan dimuat naik di YouTube pada Ahad, 26hb April 2020. Video Muzik ‘Respect 1,000,000’ bertujuan untuk menghormati dan mengucap terima kasih kepada petugas barisan hadapan (frontliners) terutamanya doktor, jururawat dan pekerja kesihatan atas pengorbanan untuk menyekat penularan wabak COVID-19.

Jeryl Lee

Dengan kadar pemulihan yang semakin meningkat melebihi 60% (3,862/5,780 kes pulih), Malaysia telah menjadi simbol harapan bagi negara-negara Asia Pasifik; Kadar pemulihan ini dicapai dengan kerjasama rakyat Malaysia yang mematuhi kuarantin dan usaha-usaha petugas barisan hadapan (frontliners) untuk cuba mengakhiri wabak ini.

Penerbit-penerbit dan artis ini telah menyumbangkan tiga hari penuh untuk menghasil, mengarang dan merakam ‘Respect 1,000,000’ dari rumah. Pasukan berkolaborasi ASEAN ini amat bersyukur dan menghargai usaha pekerja perubatan barisan hadapan (frontliners) dan ingin meluahkan perasaannya melalui lagu tersebut.

Ong Peng Chu berkata, “Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dengan sepenuh hati kepada semua petugas barisan hadapan yang amat berani dan gagah yang telah mempertaruhkan nyawa mereka dalam perang melawan virus COVID-19.

“Kami harap lagu ‘Respect 1,000,000’ dapat meninggalkan kesan yang berterusan kepada mereka yang mendengarnya. Saya ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menunjukkan sokongan kepada petugas barisan hadapan (frontliners) melalui lagu inspirasi ini”, kata Aesos Lai.

Superstar Antarabangsa, Jeryl Lee (yang sepatutnya menjadi peserta MIDEM Music Festival 2020 di Cannes, France, yang telah dibatalkan oleh kerana pandemic COVID-19) telah menarik hati masyarakat China dengan suara indahnya di pertandingan nyanyian ‘Sing!’ China pada tahun 2016 dan sekarang, dia menggunakan suaranya untuk memberi inspirasi kepada semua melalui lagu ‘Respect 1,000,000’.

“Saya amat berbangga atas negara Malaysia yang ku sayangi, kami telah mengekang pandemik ini. Malaysia terdiri sebagai salah satu negara yang mempunyai kadar pemulihan yang paling tinggi di dunia”

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

“Saya amat berbesar hati untuk mendapat peluang ini untuk menyanyikan lagu ‘Respect 1,000,000’ yang disertai dengan lirik yang mulia dan saya harap bahawa orang-orang di rantau ASEAN akan bersatu dan menghargai pengorbanan barisan hadapan (frontliners) kami” kata Jeryl Lee.

Sementara itu, Chossy Pratama berkata, kolaborasi antara penerbit muzik Malaysia dan Indonesia adalah untuk memberi inspirasi kepada warga Asia Pasifik untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pekerja barisan hadapan (frontliners) sambil mengetepikan perbezaan budaya.

Lagu ini dinamakan ‘Respect 1,000,000’ sebagai metafora. 1 Juta merupakan jumlah yang dapat dicapai bagi kebanyakan orang, tetapi kepada sebilangan, ia adalah tanda kelimpahan.

Tiada nombor yang cukup besar untuk menunjukkan penghargaan kami atas usaha barisan hadapan (frontliners) kami, tetapi buat masa sekarang, kami ingin melambangkannya sebagai 1 juta.

“Ini adalah cara yang terbaik bagi kami daripada bidang muzik untuk meluahkan perasaan kami. Dengan ini, kami mendesak semua orang untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap petugas barisan hadapan (frontliners) dengan berkongsi lagu ‘Respect 1,000,000’,” katanya.

Tonton Video Muzik ‘Respect 1,000,000’ di: