Pelan selama setahun pada kadar RM1,299 sebulan, Renault Pre-Owned Captur Subscription menawarkan fleksibiliti dan lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat PKP.
Promosi pelancaran termasuklah kadar bulanan istimewa RM599 untuk enam bulan pertama dan diskaun sebanyak 25 peratus ke atas yuran tempahan.

Dalam masa yang mencabar dan tidak menentu ini, TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia kini menawarkan praktikaliti dan penjimatan menerusi pelancaran Pelan Langganan Renault Captur Pra-Milik (Renault Pre-Owned Captur Subscription Plan).
Renault Pre-Owned Captur Subscription menawarkan pilihan mobiliti mudah buat mereka yang tidak mahu membuat komitmen kewangan jangka masa panjang atau mereka yang prihatin terhadap kos selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Renault Pre-Owned Captur Subscription merupakan satu pelan selama setahun yang
menawarkan caj RM1,299 sebulan, termasuk cukai jalan, insurans, servis berkala dengan had perbatuan tahunan dihadkan kepada 20,000km yang boleh dinaik taraf.
Untuk tempoh promosi terhad, pelanggan boleh terus berjimat kerana TCEC menawarkan
bayaran bulanan RM599 sahaja bagi enam bulan pertama langganan. Bulan ketujuh hingga 12, bayaran bulanan kembali menjadi RM1,299.
Mereka yang berminat dengan Renault Pre-Owned Captur Subscription boleh mendapatkan satu unit apabila membuat tempahan RM200 secara dalam talian menerusi Renault E-Store, bermula 17 April hingga 15 Mei 2020.
Renault E-Store boleh diakses menerusi laman web Renault Malaysia di www.renault.com.my.

Bagi membawakan Renault Pre-Owned Captur Subscription kepada audiens yang lebih luas, TCEC telah bekerjasama dengan Shopee Malaysia. Sepanjang tempoh promosi ‘Shocking Sale’ Shopee, pelanggan boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 25 peratus atau RM50 ke atas yuran tempahan.
Jualan akan bermula pada 12am dan 12pm pada 23 dan 24 April. Setiap slot mempunyai peruntukan untuk 10 orang pelanggan. Ini bermakna seramai 40 orang pelanggan akan mendapat Renault Pre-Owned Captur Subscription dengan yuran tempahan RM150 sahaja.
Semua penebusan Renault Pre-Owned Captur Subscription, sama ada menerusi Renault E-
Store atau Shopee, boleh dibuat mulai 15 Mei hingga 31 Julai 2020. Jika pelanggan tidak mahu meneruskan langganan atau tidak menebus langganan dalam tempoh kempen, yuran tempahan akan dipulangkan dalam 60 hari, dengan yuran pengurusan sebanyak RM5 akan dikenakan.
Pelanggan perlu membayar baki yuran bulan pertama selepas ditolak RM200 bersama deposit sebanyak RM2,500 ketika membuat penebusan. Deposit akan dipulangkan pada hujung langganan, tertakluk kepada keadaan kenderaan apabila ia diserahkan.
Semua unit Captur pra-milik berusia tidak lebih dua tahun dan sudah melepasi ujian lengkap bagi mematuhi standard kualiti serta keselamatan Renault. Unit adalah terhad, siapa cepat dia dapat.
“Kami faham bahawa rakyat Malaysia mahukan satu penyelesaian yang praktikal dan fleksibel berikutan kesan ekonomi akibat PKP serta ketidaktentuan ancaman COVID-19.
Penjarakan sosial pasti menjadi lebih penting dan bergerak menggunakan kenderaan peribadi tentunya lebih selamat berbanding pengangkutan awam. Kami harap pelancaran Renault Pre-Owned Captur Subscription bersama promosi lain akan membantu memberi kelegaan kepada pelanggan selepas tempoh PKP ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars, Wong Hoe Mun.
Lengkapkan Seluruh Proses Langganan menerusi Renault E-Store dan Kekal Selamat
Pelanggan boleh memanfaatkan Renault E-Store untuk melengkapkan semua proses Renault Pre-Owned Captur Subscription secara dalam talian di rumah. Daripada menyusun sesi pandu uji sehinggalah penghantaran kereta, platform e-dagang pertama milik OEM ini membolehkan setiap pelanggan kekal selamat, terutama ketika negara dilanda pandemik.
Pandu uji akan dijalankan hanya selepas PKP ditamatkan. Pelanggan boleh memilih untuk
membuat pandu uji di bilik pameran Renault terdekat. Ini merupakan satu-satunya interaksi fizikal dalam keseluruhan proses.
Mereka juga boleh memilih untuk memandu uji selama tiga jam tanpa kehadiran perunding jualan menerusi tawaran pandu uji Renault oleh GoCar yang boleh didapati di lebih 250 lokasi seluruh negara.
Apabila pelanggan mahu meneruskan langganan, mereka hanya perlu masuk semula ke Renault E-Store untuk memuat naik dokumen sokongan dan melihat status permohonan.
Pelanggan akan diberitahu tentang kelulusan langgaran mereka oleh Pasukan Digital Renault dalam masa lima hari permohonan dibuat.
Sebaik sahaja diluluskan, pelanggan boleh membuat bayaran deposit dan baki caj bulanan
pertama. Selain menguruskan bayaran bulanan berikutnya melalui E-Store.
Menerusi perkhidmatan rencam yang ditawarkan dalam Renault E-Store, pelanggan di Lembah Klang juga boleh memohon penghantaran percuma dari rumah-ke rumah untuk Renault Pre-Owned Captur Subscription.
Jadi mereka boleh terus duduk dengan selamat di rumah. Penghantaran akan dibuat sebaik sahaja PKP ditamatkan.
Renault Pre-Owned Captur Subscription merupakan sebahagian pelan keseluruhan TCEC untuk mengembangkan tawaran Renault Subscription, di samping pelan-pelan Subscription Trial, Fixed dan Switch yang sudah sedia ada sekarang.
Maklumat lanjut mengenai Renault Subscription atau Renault di Malaysia, sila layari laman web: www.renault.com.my.






































