Pernahkah anda melalui pengalaman apabila perlu mencapai sesetengah ruang yang sempit semata-mata untuk membersihkannya biarpun pergerakan agak terbatas?

Walaupun ia sukar, namun anda tetap perlu melakukannya bagi memastikan ia bersih dan bebas kotoran ataupun anda mungkin pernah mengalami kesukaran setiap kali membersihkan bahagian dalam bonet kereta apabila muncung penyembur tertanggal hingga menyebabkan bahannya terkena di bahagian lain.

Di sinilah produk WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw® dapat membantu anda. Produk dalam tin ini menyediakan dua kaedah penyemburan dan mempunyai muncung kekal yang tidak akan tertanggal ketika anda melakukan kerja pembersihan.

Cara penggunaannya amat mudah sekali dan anda hanya perlu membuka muncung terbabit untuk melakukan semburan ke arah kawasan yang sukar dicapai.

Fungsi muncung itu membenarkan ia disembur dari jarak tertentu dan mengelakkan bahan semburan terkena tangan atau pakaian dan kemudiannya muncung itu boleh dilipat ke bawah untuk kaedah semburan biasa atau untuk disimpan.

Jika anda mencuba produk WD-40® Pelbagai Guna dengan Smart Straw® ini, anda akan dapati bahawa ciri terbaik yang ada ialah muncung terbabit sentiasa ketat dan tidak tertanggal.

Anda tidak akan berdepan masalah lagi apabila perlu mencari-cari muncung alat semburan yang hilang.

Bagi produk ini sendiri, ia sememangnya terkenal dengan keupayaan melindungi bahagian logam daripada berkarat dan reput, melonggarkan bahagian yang ketat dan memberi kelembapan serta melicinkan bahagian berkenaan.