Telefon pintar, kamera, konsol permainan dan banyak lagi hadiah menarik untuk dimenangi setiap hari, dengan hanya log masuk ke aplikasi

Semua orang meminati hadiah! Oleh itu, sempena ulang tahun pertamanya sejak dilancarkan pada November tahun lalu, Hotlink Rewards memberi cara yang sangat mudah untuk rakyat Malaysia klik dan memenangi ganjaran.

Dari sekarang hingga 31 Disember, pelanggan-pelanggan Hotlink berpeluang untuk membawa pulang telefon pintar Oppo, kamera GoPro Hero 7, konsol permainan Sony PlayStation 4 Pro, penggoreng udara Pensonic dan e-baucer Shopee bernilai RM500, dengan hanya log masuk ke aplikasi dan menebus tawaran ‘Free Prizes Every Day’.

“Aplikasi Hotlink RED merupakan platform yang menarik untuk pelanggan kami, terutamanya dari segi ganjaran. Hotlink Rewards terbukti menarik perhatian apabila kami menerima sambutan hangat pada bulan Julai lepas dengan tawaran ‘Free Phones Every Day’.

“Kami ingin mengulangi kejayaan ini, lebihan pula bagi menyambut musim perayaan akhir tahun. Pelanggan Hotlink memang mudah untuk menikmati ganjaran. Dengan kempen istimewa dan tawaran eksklusif setiap hari, anda tidak perlu menunggu musim jualan untuk membelanja diri,” kata Navis Manian, Ketua Pengurusan Pelanggan Maxis.

Untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik, pelanggan perlu:
1. Muat turun aplikasi Hotlink RED daripada Apple Store atau Google Play Store, dan log
masuk ke aplikasi tersebut.
2. Buka aplikasi tersebut setiap hari dan menebus mata ganjaran Hotlink Rewards di
laman Rewards. Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran, pelanggan boleh
membeli Pas Internet bulanan terpilih daripada laman Internet dalam aplikasi.
3. Selepas menuntut mata ganjaran percuma, cari promosi ‘Free Prizes Every Day’ atau
‘Hot Deals’. Tebus tawaran ‘Free Prizes Every Day’ pilihan anda dengan mata ganjaran
Hotlink Rewards.
4. Oleh kerana Hotlink memberi hadiah setiap hari sepanjang tempoh kempen, sila log
masuk ke aplikasi setiap hari untuk menebus peluang anda!

Kempen ‘Free Prizes Every Day’ adalah salah satu daripada tawaran-tawaran menarik yang
dapat dinikmati oleh pelanggan Hotlink RED App. Tawaran lain termasuk tawaran makanan dan minuman dari Haagen-Dazs, Tealive, dan KFC, malah juga diskaun hotel di laman pelancongan seperti Expedia, Traveloka dan banyak lagi! Lihat senarai penuh pelbagai jenama dan perniagaan di aplikasi Hotlink RED untuk mula menikmati tawaran hari ini.