Wonderfly Holdings Sdn Bhd (Wonderfly) melancarkan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna meneroka dan menempah tiket tarikan termasuk muzium dan taman tema di pelbagai tempat di Malaysia.

Aplikasi itu diperkenalkan untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna melalui tempahan dalam talian yang lancar, pengesahan segera, program e-penebusan ganjaran, dan faedah-faedah lain.

Aplikasi terdapat dalam bahasa Melayu, Cina, dan Inggeris untuk peranti Android dan iOS untuk dimuat turun secara percuma.

Triston Puah, CEO dan pengasas bersama Wonderfly berkata, “Kami teruja melancarkan aplikasi mudah alih kami, platform baru untuk rakyat Malaysia menempah tiket tarikan dengan mudah dan membuat bayaran secara selamat melalui aplikasi itu sendiri tanpa sebarang masalah.”

Katanya, “Kami sudah mempunyai laman web untuk pengguna menempah tiket tarikan sejak 2017 dan kini kami berkembang ke aplikasi mudah alih untuk menjadikan proses membuat tempahan lebih mudah dan selesa bagi pengguna kami.”

Penawaran aplikasi mudah alih sangat bertepatan kerana 82% daripada pelanggan yang menempah tiket tarikan daripada Wonderfly adalah pengguna peranti mudah alih.

“Banyak yang boleh dilakukan dan banyak tempat boleh dilawati di Malaysia tetapi banyak tarikan masih beroperasi di luar talian dan kurang diketahui pasaran.

“Jadi di Wonderfly kami bukan sekadar mengendali platform tempahan dalam talian tetapi juga menyediakan perkhidmatan membantu para pengendali luar talian menceburi pemasaran dalam talian. Matlamat kami menjadikan Wonderfly aplikasi pilihan untuk menempah tiket taman haiwan, muzium, taman tema, dan tarikan lain,” katanya.

Versi 1.0 aplikasi mudah alih Wonderfly baru dikeluarkan beberapa minggu lepas dan Syarikat sentiasa memuat naik kandungan baru daripada inventori tarikannya ke dalam platform baru tersebut.

Aplikasi mudah alih Wonderfly dilengkapi e-tiket yang membolehkan pelanggan menerima tiket dalam aplikasi. Mereka boleh memuat turun tiket ke dalam telefon pintar untuk digunakan pada bila-bila masa walaupun apabila telefon di luar talian.

Ini turut memudahkan pelanggan yang dapat hanya menunjukkan e-tiket dengan kod QR di pintu masuk.

“Dengan tiket sedia dimiliki, pelanggan tidak lagi perlu beratur untuk mendapatkan tiket kertas—pengalaman yang sudah biasa dialami banyak orang apabila pergi ke pawagam,” katanya.

Satu lagi kelebihan membuat tempahan dalam talian menggunakan Wonderfly ialah pelanggan Boost dan GrabPay dapat memperoleh ganjaran tambahan apabila mereka menempah tiket tarikan.

Di samping pelawat tempatan, kandungan aplikasi mudah alih Wonderfly juga disasarkan kepada pelawat dari luar Malaysia.

“Penawaran aplikasi mudah alih Wonderfly juga berkesempatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. Jadi, pelancong dari luar negara juga dapat menikmati tarikan di bandar raya seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh sama seperti penduduk tempatan,” Triston menyimpulkan.

Tentang Wonderfly

Wonderfly ialah platform tempahan dalam talian memuncul untuk perkhidmatan dan aktiviti pelancongan di Asia Tenggara. Misinya menyediakan pengalaman tempatan hujung ke hujung kepada pelanggan di destinasi mereka.

Selain menawarkan tarikan, Wonderfly turut menyediakan perkhidmatan perjalanan seperti Wi-Fi saku, pemindahan lapangan terbang serta pilihan makanan istimewa tempatan. Wonderfly juga membantu mengubah pengendali pelancongan luar talian ke dalam talian supaya mereka dapat memasarkan produk dengan lebih cekap dan berkesan.

Wonderfly Holdings Sdn Bhd berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Lawati www.wonderfly.asia