Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, memperkenalkan Mitsubishi Triton Quest yang baharu hari ini.
Triton Quest baharu adalah jentera serba boleh yang memiliki segalanya yang diperlukan oleh pelanggan untuk menjadikan pemanduan lebih mudah, termasuk enjin berkuasa, kawalan teguh dan kabin luas.
Triton Quest didatangkan dengan gaya reka bentuk seakan rupa `sedan’. Ditawarkan pada harga RM79,890, Triton Quest adalah trak pikap paling mampu dimiliki dan didatangkan dengan waranti lima tahun atau 100,000km (yang mana dahulu).
Untuk kemudahan, Triton Quest direka untuk senang memasukkan barangan kerana jarak dari tanah ke lampu belakang yang pendek. Triton Quest juga didatangkan dengan kotak penyimpanan rahsia kerusi belakang, mudah dicapai tetapi tidak mudah dilihat oleh orang dari luar.
Untuk penyimpanan, Triton Quest didatangkan dengan kapasiti muatan besar sehingga 970 kg termasuk penumpang dan muatan kargo, menjadikannya geladak kargo terbesar di dalam kategori pemanduan rendah.
Reka bentuk J-Line yang berfungsi, memberi lebih banyak ruang dan keselesaan bagi penumpang belakang dan mengekalkan ruang kargo yang begitu luas.
Triton Quest diperkasa enjin diesel turbo-caj 2.5 liter bagi kuasa, pecutan dan kecekapan lebih lagi, yang memberi pelanggan sebuah trak lengkap yang memenuhi segala jenis keperluan. Triton Quest menghasilkan 110 PS kuasa maksimum dan 200 Nm kuasa kilas.
Untuk kawalan, Triton Quest adalah Terbaik Di Dalam Kelasnya dengan keupayaan radius pusingan 5.7m, menjadikannya mudah dikendali dan dipandu pada jalan sempit dan tapak kerja yang sesak.
Triton Quest dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang pasti memikat pelanggan. Ia termasuk Talipinggang keledar dengan pra-penegang, Sistem Pemasa Elektronik dan Kawalan Penggera (ETACS) yang didatangkan dengan Sistem Isyarat Mengubah Laluan, Pemasa Kuasa Tingkap, Fungsi Tutup Auto Lampu Besar, Penggera Pintu Terbuka, Sistem Kunci Semula Pintu Automatik, Penggilap Cermin Boleh Diubah Kelajuan Auto dan penangguhan lampu ruang dalam 15 saat yang membolehkan lampu kabin kekal bernyala selama 15 saat selepas enjin kenderaan dimatikan.
Sebagai tambahan, Triton Quest juga dilengkapi dengan beg udara dual SRS airbags dan Anti-Lock Braking System (ABS) bersama Electronic Brake-force Distribution (EBD). Ciri keselamatan pada Triton Quest seterusnya diperteguhkan dengan binaan badan teguh Mitsubishi menggunakan teknologi Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).
Di samping itu, Triton Quest menambah Multi-Information Display yang memberikan maklumat penting mengenai trak seperti jarak perbatuan yang dilalui, peringatan servis, jarak bahan api dan purata penggunaan bahan api.
Penambahbaikan Produk bagi Triton Varian Ditawarkan Oleh Pengedar Sah MMM Triton Adventure X kini dipasang dengan Monitor Kawalan Penuh, sebuah ciri yang menggunakan banyak kamera di sekitar kenderaan bagi mewujudkan pandangan udara bagi membantu meletak kereta dan pengendalian.
Sebagai tambahan kepada ketenangan minda semasa memandu, Triton Adventure X menambah Perakam Video Memandu, sebuah ciri yang merakam setiap detik atau insiden semasa bergerak. Yang terakhir, Triton Adventure X menambah pelekat sisi badan bagi meningkatkan imej sporty keseluruhannya, dan tinted keselamatan dan solar premium untuk keselesaan lebih lagi di dalam kabin.
Sama seperti Triton Adventure X, varian Triton AT Premium juga menerima penambahbaikan merangkumi Perakam Video Memandu, sarung kulit kerusi dan 7-Inch Touchscreen Audio with Apple Carplay and Android Ready sebagai ciri standard.
Penambahbaikan aksesori ini hanya ditawarkan oleh pengedar sah MMM di semua bilik pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara.
Pilihan Triton didatangkan dengan pilihan enam varian dan empat warna
Varian | Harga (RM) | Warna |
Triton Adventure X | 137,900.00 | White Diamond, Jet Black Mica |
Triton AT Premium | 121,000.00 | White Diamond, Graphite Gray |
Triton MT Premium | 112,500.00 | White Diamond, Graphite Gray |
Triton AT | 105,990.00 | White Diamond, Sterling Silver |
Triton MT | 100,200.00 | White Diamond, Sterling Silver |
Triton Quest | 79,890.00 | White Pearl |
|