Toowheel.com adalah satu portal permotoran baharu yang menggabungkan pelbagai aktiviti pemotoran, latihan dan e-dagang (e-commerce) dibawah satu platform.

PORTAL ini yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia terbuka kepada semua pemilik kenderaan beroda dua dan empat roda tanpa mengira kelas atau jenis.

Selain itu, Toowheel.com juga turut berfungsi sebagai platform beli belah dalam talian (online) seperti aksesori motosikal, kereta dan sebagainya.

Dalam portal ini turut menyenaraikan nama kelab-kelab permotoran yang ditubuhkan di negara ini menjadikannya sebagai satu platform kepada penggemar sukan permotoran bertukar-tukar pandangan, pengalaman dan berkongsikan aktiviti dijalankan.

Presiden Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO), Datuk Seri Ab. Rauf Yusof berkata, sebagai peminat industri pemotoran, Toowheel.com ini merupakan satu platform yang memberi banyak faedah kepada pemilik dan peminat industri permotoran ini berkomunikasi, berhubung serta bertukar-tukar pandangan.

Beliau berkata, portal ini yang julung kali diwujudkan di Malaysia ini  bukan sahaja menjadi platform perhubungan bagi peminat sukan permotoran malah mengubah landskap pengguna ke arah penggunaan teknologi secara maksimum termasuk aktiviti jual beli barangan secara atas talian.

“Saya melihat industri permotoran sudah berkembang, bukan lagi seperti dahulu yang penuh dengan ‘mat rempit’ sebaliknya penunggang motosikal kini banyak melakukan aktiviti amal yang memberi manfaat kepada masyarakat umum.

“Justeru, industri ini perlu terus diberi galakan dan saya berharap Toowheel.com mampu mengubah landskap permotoran. Dalam masa sama, saya akan terus memberi sumbangan dan sokongan dalam bidang ini,” katanya ketika merasmikan pra pelancaran Toowheel.com di Villa d’ Acqua, Masjid Tanah, Melaka.

Turut hadir rakan-rakan penaja seperti Prestige Sports Sdn Bhd, Villa d’ Acqua, HJC Helmets, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Star Wheel Electronic Sdn Bhd dan Hype Motorsports Hotel Port Dickson.

Katanya, melalui konsep e-dagang, pengguna juga tidak perlu lagi mencari aksesori permotoran di kedai-kedai sebaliknya mendapat segala informasi berkaitan sesuatu barangan yang diperlukan dihujung jari.

Langkah itu dilihat selari dengan saranan kerajaan  agar rakyat menguasai kemahiran tinggi dan teknologi terkini. 

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Toowheel.com, Shahrul Azuwar Abd Aziz berharap melalui portal tersebut, pelbagai perancangan dan aktiviti menjual-beli barangan serta aksesori permotoran lebih tersusun, sekali gus mengangkat nama Malaysia dalam sukan yang disukai ramai sejak berpuluh tahun lalu.

Jelasnya, platform yang disifatkan sebagai satu pusat sehenti itu bakal menarik sekurang-kurangnya 100,000 ahli di seluruh negara bermula tahun hadapan.

“Objektif Toowheel.com adalah untuk menggabungkan semua aktiviti yang berkaitan sukan permotoran dalam satu platform dengan lebih tersusun daripada segi penampilan, imej, maklumat dan sebagainya.

“Langkah ini akan memudahkan pengguna mendapat maklumat dan  membeli barangan yang berada di depan mata,” katanya.

Dalam pada itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan untuk mengembangkan portal tersebut di peringkat antarabangsa apabila mencapai sasaran ahli yang ditetapkan.

“Buat masa ini, kita memberi fokus dalam negara terlebih dahulu dan merancang untuk mengembangkannya di seluruh dunia. Yang penting buat masa ini, produk yang akan dipasarkan berjaya mendapat tempat serta sambutan dari orang ramai.

“Selain aktiviti jual beli, Toowheel.com akan mempromosikan konsep kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan mencipta pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pelbagai jaringan termasuk pihak kerajaan, swasta, universiti, pelajar institusi pengajian tinggi dan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik atau agama.

Dalam pada itu, Pengasas Toowheel.com, Mohd Nasri Zakariah berkata, portal ini bukan sahaja menyediakan pelbagai maklumat mengenai berita semasa permotoran malah menjadi landasan kepada kelab permotoran menyertai pelbagai aktiviti yang akan dirancang selari dengan taglinenya ‘Make A Difference’.

Beliau berkata, ketika ini kebanyakan kelab permotoran bergerak sendiri menggunakan platform atau saluran media masing-masing seperti laman sosial facebook atau WhatsApp namun dengan kemunculan Toowheel, aktiviti mereka boleh digerakkan dengan lebih tersusun lagi.

“Toowheel juga akan memperkenalkan platform beli belah dalam talian menggunakan sistem e-dagang dimana pelbagai syarikat pengedar barangan berkaitan aksesori kenderaan atau motosikal boleh memasarkan produk masing-masing.

“Justeru, ahli kelab yang menyertai Toowheel akan mendapat harga istimewa jika melakukan pembelian menerusi platform ini dan pada masa sama mengelakkan risiko terbeli barangan tiruan.

“Kita mahu mewujudkan kerjasama sesama kelab permotoran daripada kenderaan bersaiz kecil hingga ke besar dengan memahami kehendak masing masing dan melakukan aktiviti bersama sekali gus membantu menaikkan nama kelab bersama dibawah satu platform.

“Saya percaya melalui platform ini industri permotoran di Malaysia dapat ditingkatkan lagi. Dengan kepakaran Toowheel dalam bidang media dan juga teknologi maklumat (IT), kami berusaha untuk membawa nama kelab permotoran Malaysia ke mata dunia,” katanya. 

Bagaimana Untuk Menjadi Ahli Toowheel.com

Anda hanya perlu membeli T-shirt rasmi Toowheel.com bernilai RM80 dan secara automatik melayakkan anda untuk menjadi Warga Toowheel.com

Keahlian adalah untuk selama setahun dari tarikh pendaftaran dan boleh diperbaharui.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman web www.toowheel.com

Anda juga boleh mengikuti perkembangan semasa dan aktiviti Toowheel di laman sosial facebook, Instagram dan twitter.

Antara Keistimewaan Sebagai Warga Toowheel

  • Khairat kematian
  • Akses istimewa bagi pembelian atas portal/forum/info semasa dan aktiviti berkaitan permotoran
  • Diskaun istimewa bagi pembelian atas talian di E-Kedai Toowheel.com
  • Mendapat mata ganjaran pada setiap pembelian
  • Akses serta diskaun harga pada setiap acara yang dikendalikan oleh Toowheel.com
  • Cabutan bertuah setiap tiga bulan berpeluang memenangi sebuah motosikal.

Penaja Program

  • Prestige Sports Sdn Bhd
  • Villa D’Acqua Masjid Tanah
  • Hype Motorsports Hotel Port Dickson
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • HJC Helmets
  • Star Wheels Electronic Sdn Bhd