Pengerusi NGO Antarabangsa Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Kemboja, Ambasador Dr Shahruddin Onn di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini.

Antara perkara yang dibincangkan berkaitan isu semasa, serantau dan Antarabangsa malah menyentuh perbagai aktiviti yang dilaksanakan NGO di negara Asean khususnya di Kemboja yang sudah melebihi 24 tahun.

Sementara itu, Ambasador Shahruddin berharap rakyat Malaysia dapat mengambil peluang perniagaan khususnya produk halal dan menyokong usaha pelancongan negara supaya lebih ramai golongan yang mampu datang ke Malaysia bukan sahaja untuk melancong tetapi melihat pelbagai bidang di Malaysia.

“Kerjasama yang erat Malaysia dan kemboja akan memberi kesan yang terbaik dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pelancongan, pendidikan, perubatan dan lain lain bidang,” katanya

Mustapha berkata, kerjasama erat NGO Antarabangsa khususnya NGO Malaysia dengan Embassy amatlah baik supaya pertukaran idea dan pandangan ini dapat membantu satu sama lain.

Sementara itu, Dato Dr Mustapha turut menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin bekerja di negara lain seperti Kemboja, Vietnam, Laos, Mnymar dan Thailand perlu berhati-hati dengan tawaran pekerjaan berkenaan sama ada dari syarikat atau individu.

“Anda perlu selidik secara bijaksana bukan menerima tanpa usul periksa. Ramai yang terkena ‘Scammer’ pekerjaan dil uar negara dan akhirnya menjadi mangsa seperti kes culik keluarga yang kena bayar dan ada yang jadi hamba pelacuran.

“Saya menasihati mereka yang mencari pekerjaan di luar negara supaya memaklumkan kepada ahli keluarga, semak status pekerjaan, hubungi kedutaan atau Kementerian Luar untuk memastikan syarikat itu wujud dan beroperasi serta setibanya di luar negara hubungi ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan perkembangan selanjutnya.

“Ramai rakyat Malaysia sukar dijejaki kerana status mereka di luar negara sukar dikesan kerana kedudukan lokasi mereka tidak diketahui… tambahan pula budaya adat dan bahasa yang berbeza,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini