Volvo Car Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan pendaftaran minat bagi Volvo ES90, sedan elektrik penuh terbaharu jenama itu yang akan menyertai barisan model pemasangan tempatan Volvo di Malaysia.
Bermula hari ini, pelanggan boleh mendaftarkan minat mereka melalui laman web rasmi Volvo Car Malaysia di volvocars.com/my/cars/es90-electric. Maklumat lanjut termasuk pelancaran rasmi pasaran, pilihan varian serta harga akan diumumkan kelak.
Sebagai keistimewaan kepada pendaftar terawal, Volvo Car Malaysia menawarkan insentif awal sebanyak 2% bagi pembelian Volvo ES90 baharu, terhad kepada 100 unit pertama yang ditempah dari sekarang hingga 31 Mac 2026.
Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw, berkata: “Tahun ini amat bermakna buat kami kerana Volvo menyambut ulang tahun ke-60 di Malaysia. Lebih istimewa, pencapaian ini diraikan dengan pemasangan tempatan Volvo ES90, sedan elektrik penuh pertama kami.

Berteraskan enam dekad pengalaman, pemahaman pelanggan serta inovasi berterusan, ES90 mencerminkan perkembangan Volvo di Malaysia. Ia juga melambangkan komitmen jangka panjang kami kepada pelanggan Malaysia yang sentiasa menyokong dan memberi inspirasi kepada kami.”
Volvo ES90 memperkenalkan platform paling maju dari segi teknologi oleh Volvo setakat ini, dengan seni bina 800-volt yang direka untuk kecekapan, prestasi dan kemudahan penggunaan. Menyokong pengecasan pantas sehingga 350 kW, bateri boleh dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam kira-kira 22 minit¹, atau menambah jarak pemanduan sehingga 300 km dalam hanya 10 minit.
Menjana kuasa sehingga 333 PS dan tork 480 Nm, serta jarak pemanduan anggaran sehingga 651 km mengikut kitaran WLTP dengan satu cas penuh², Volvo ES90 menggabungkan prestasi dan kepraktisan. Ia membolehkan pemanduan ke hampir seluruh pelosok negara dengan satu cas sahaja, menawarkan keyakinan dan ketenangan fikiran yang jarang ditemui dalam pasaran tempatan.
Volvo ES90 dibangunkan sepenuhnya sebagai kenderaan berasaskan perisian, menggunakan platform SPA2 Volvo dan disokong oleh Superset tech stack. Sistem ini menggabungkan modul perkakasan dan perisian secara menyeluruh, membolehkan kenderaan terus dipertingkatkan sepanjang kitaran hayatnya melalui kemas kini perisian over-the-air (OTA).
Selain itu, Volvo ES90 turut dilengkapi sistem pengkomputeran NVIDIA DRIVE AGX Orin – yang pertama digunakan dalam mana-mana model Volvo. Ini menjadikannya Volvo paling berkuasa dari segi kapasiti pemprosesan setakat ini.
Sistem canggih ini menjadi asas kepada generasi baharu kecerdasan keselamatan, integrasi AI serta pengoptimuman berasaskan data, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan pengalaman pemanduan.
Dengan inovasi teknologi terkini serta kelebihan pemasangan tempatan, Volvo ES90 menawarkan gabungan mantap prestasi, kemewahan dan kepraktisan. Pelanggan yang berminat boleh mendaftarkan minat mereka di volvocars.com/my/cars/es90-electric.




































