Pemerolehan Bernilai RM75 Juta Kukuhkan Portfolio Kumpulan di Wilayah Utara Majestic Gen terus memperkukuh kedudukannya di Wilayah Utara dengan langkah strategik terbaharu melalui pembelian tanah pegangan bebas bernilai RM75 juta di Jalan Anson, pusat utama bandar George Town.
Pemerolehan yang direalisasikan menerusi Dynamic Gates Sdn Bhd (DGSB) iaitu syarikat tujuan khas (SPV) di bawah inisiatif penswastaan Paramount Corporation Bhd, menggariskan komitmen kumpulan untuk mengembangkan jejaknya di salah satu pusat budaya dan pendidikan paling matang di Pulau Pinang.
Simpanan tanah yang diperoleh itu merangkumi tiga lot tanah pegangan bebas yang bersebelahan, meliputi keluasan lantai kasar sekitar 295,508 kaki persegi, dan ketika ini
disewakan kepada UOW Malaysia KDU Penang University College.
Nilai pemerolehan pada harga melebihi penilaian RM70 juta bertarikh 13 November 2025 turut menonjolkan tahap keyakinan Majestic Gen terhadap potensi jangka panjang lokasi strategik berkenaan serta prospek pertumbuhan wilayah sekitarnya.
LANGKAH PROGRESIF PERKASA WILAYAH UTARA
Pemerolehan di Jalan Anson memperlihatkan langkah strategik Majestic Gen dalam memperkukuh kehadirannya di pusat bandar berpotensi tinggi di seluruh Wilayah Utara.
Dengan Pulau Pinang terus menikmati pertumbuhan ekonomi yang mantap, dipacu reputasinya dalam sektor teknologi, budaya, pelancongan dan pendidikan, lokasi ini kekal sebagai kawasan bernilai bagi pengembangan jangka panjang kumpulan.
Terletak di salah satu kawasan paling matang di negeri ini, Jalan Anson menawarkan kelebihan strategik melalui akses mudah, kemudahan lengkap serta berdekatan dengan hab komersial, perubatan dan budaya utama.
Kedudukan ini bukan sahaja mengukuhkan nilai strategiknya, malah menyediakan asas kukuh bagi Majestic Gen merancang pembangunan bertingkat tinggi masa depan yang dapat menyokong perubahan landskap bandar secara berterusan.
Ketika Majestic Gen terus mengorak langkah memperkukuh kedudukannya, kumpulan ini kekal dipacu nilai teras CHARM yang berpaksikan pelanggan, kejujuran, aspirasi tinggi,
kebijaksanaan dalam mengurus sumber serta keunggulan.
Prinsip-prinsip ini menjadi asas kepada setiap keputusan strategik, daripada pemilihan lokasi hingga pemahaman terhadap keperluan komuniti dan perancangan pembangunan yang jelas serta relevan.
“Pemerolehan ini merupakan pencapaian besar dalam usaha kami memperkukuh kehadiran di Wilayah Utara. Pulau Pinang terus menjadi pasaran yang kukuh dan berkembang, dan langkah ini selaras dengan aspirasi kami untuk membangunkan projek yang membawa nilai tulen kepada masyarakat.
“Kami mahu mewujudkan destinasi yang dipercayai dan dihargai untuk masa yang panjang,” kata Datuk Hoo Kim See, Ketua Pegawai Eksekutif Majestic Gen.





































