HONOR Malaysia mengumumkan telefon pintar Flagship Pengimejan Gred Master yang dinanti-nantikan, HONOR Magic8 Pro, akan dilancarkan di Malaysia pada 27 November 2025.
Ketika keterujaan berterusan dalam kalangan komuniti teknologi, HONOR mengesahkan Magic8 Pro akan memperkenalkan lonjakan menyeluruh dalam pengimejan telefon pintar yang dikuasakan oleh gabungan perkakasan canggih dan integrasi perisian AI yang mendalam.
Pengumuman tersebut turut memberi gambaran sekilas tentang sistem kamera flagshipnya, iaitu Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP. Inovasi yang menerajui ini direka khas untuk memberikan kejelasan, kestabilan, serta prestasi fotografi malam yang luar biasa merentasi semua panjang fokus.
Insta360 Ace Pro sebagai hadiah premium eksklusif pra-tempahan
Menjelang pelancaran rasmi, HONOR turut mendedahlan tawaran istimewa sempena pra-tempah bagi pelanggan terawal Magic8 Pro. Pelanggan yang membuat pra-tempahan Magic8 Pro akan menerima kamera aksi premium Insta360 Ace Pro percuma!
Tawaran eksklusif ini mengukuhkan lagi komitmen HONOR dalam memperkasa pengguna dengan alat untuk menggalakkan kreativiti mereka ke tahap seterusnya, menggabungkan keupayaan pengimejan profesional Magic8 Pro dengan kepelbagaian kamera aksi luaran flagship yang ditawarkan secara percuma.

Pelantikan Nicholas Tse sebagai Pegawai Pengalaman Teknologi Masa Depan HONOR
Selain itu, HONOR turut mengumumkan bintang Hong Kong, Nicholas Tse, sebagai Pegawai Pengalaman Teknologi Masa Depan baru. Nicholas dikenali dengan usaha berterusan membina kerjaya dalam bidang lakonan, penerbitan muzik, keusahawanan makanan, dan peranan aksi berprestasi tinggi.
Prinsip Nicholas membawa semangat kebolehsuaian dan evolusi menjadi teras utama kepada pengalaman dipacu AI dalam Siri HONOR Magic8. Kerjasama beliau dengan HONOR menandakan hala tuju kreatif baharu untuk jenama tersebut, menyelaraskan teknologi canggih dengan nilai kesenian dan ekspresi manusia.
Sebelum ini, Nicholas pernah menjadi duta Siri Huawei Mate dan kolaborasinya bersama HONOR mencerminkan pengiktirafan terhadap kematangan teknologi serta visi masa depan jenama ini.
Tonton Penstriman Langsung Pelancaran HONOR Magic8 Pro dan Menangi HONOR CHOICE Earbuds Clip
HONOR mengajak orang ramai untuk mengikuti penstriman langsung pelancaran rasmi HONOR Magic8 Pro pada 27 November, jam 3 petang, di laman Facebook serta saluran YouTube rasmi HONOR Malaysia.
Penonton bakal menyaksikan pendedahan penuh fungsi dan ciri peranti, harga rasmi dan butiran pakej pra-tempah percuma. Lebih menarik, lapan penonton bertuah juga berpeluang memenangi fon putik telinga HONOR CHOICE Earbuds Clip dengan hanya menonton penstriman tersebut. Tandakan kalander anda sekarang untuk menyaksikan pelancaran rasmi HONOR Magic8 Pro!
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.




































