Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan terkemuka
negara, dengan bangganya mengumumkan barisan rakan kongsi rasmi bagi Pos Malaysia Run 2025, acara larian komuniti utama Malaysia dengan tema “Jom Laju for Fun.”

Acara ini menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk meraikan kesihatan, kelestarian dan semangat kecergasan melalui kerjasama kukuh bersama jenama serta organisasi terkemuka.

Pos Malaysia Run 2025 dianjurkan dengan kerjasama FWD Insurance Berhad dan FWD
Takaful Berhad, selaku rakan kongsi utama, mencerminkan komitmen bersama dalam
menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Rakan kongsi lokasi bagi acara ini termasuk Stadium Merdeka yang bersejarah serta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), menyediakan lokasi yang ideal yang menggabungkan elemen warisan, komuniti dan kemajuan.

Acara ini turut disokong oleh barisan rakan kongsi daripada pelbagai industri, termasuk Proton E.MAS (kereta EV sebagai kenderaan peneraju untuk larian 10KM), Blueshark Malaysia (motosikal EV untuk Cabutan Bertuah Hadiah Utama), Sunway Lagoon (Taman Tema), Reebok Watch, NatureLoop (Pingat Kelestarian), Spin (Baju Larian), CUCKOO (Peralatan Rumah), DIADORA (Kasut Sukan), Montigo (Barangan Dagangan), Shokubutsu (Syampu), Watsons, Extra Joss, Woods, Mustika Ratu (Kesihatan Wanita), Blood, 361° (Pakaian Sukan), OPACK (Cawan Boleh Diguna Semula), Pos Shop, Pos Fulfill, 3D Advertiser dan MAL.

Pos Malaysia Run 2025 disahkan oleh Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan (FTAAA),
memastikan piawai perlumbaan profesional serta pengalaman penganjuran yang lancar.

Acara ini turut mendapat sokongan Jabatan Polis Siasatan Trafik (JPST), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Jantung Negara (YJN); semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan peserta, kelancaran operasi dan meningkatkan kesedaran kesihatan jantung.

Tahun ini, acara berkenaan telah menarik penyertaan lebih 7,000 peserta merangkumi pelbagai kategori, termasuk 10km Lelaki Terbuka (16–44 tahun), 10km Wanita Terbuka (16–44 tahun), 10km Lelaki Veteran (45 tahun ke atas), 10km Wanita Veteran (45 tahun ke atas), 10km Corporate Relay Run (5km x 2 orang) (18 tahun & ke atas), 5.8km Larian Santai Individu (5 tahun & ke atas), 5.8km Larian Santai Berkumpulan 4 Orang (5 tahun & ke atas) serta ‘Kategori Khas’ untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Sambutan ini menunjukkan tarikan luas acara tersebut serta peningkatan minat masyarakat terhadap kecergasan komuniti. Bersama para rakan kongsi, Pos Malaysia terus mengutamakan kesejahteraan komuniti dan kelestarian.

Tahun ini, acara tersebut turut menampilkan inisiatif mesra alam seperti penggunaan cawan boleh diguna semula serta barangan perlumbaan berasaskan kelestarian, selari dengan komitmen Pos Malaysia terhadap amalan yang lebih hijau.

Pos Malaysia Run 2025 menjadi simbol perpaduan, kecergasan dan matlamat bersama,
menggalakkan rakyat Malaysia melangkah ke hadapan demi masa depan yang lebih sihat dan lestari.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini