Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri, YDH DCP Datuk Mazli Mazlan di pejabatnya di Putrajaya, baru baru ini.
Beliau berkata, perkara yang dibincangkan ialah berkaitan dengan isu bencana dan pendidikan bencana kepada masyarakat khususnya belia-belia masa kini.
“Mereka perlu ada pengetahuan dan langkah persediaan bila berlaku bencana seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh atau lain-lain lagi bencana yang sukar dijangka seperti Tsunami.
“Isu ini memerlukan perhatian dan mereka perlu mengambil langkah keselamatan dan para belia juga boleh sama-sama membantu pasukan utama sekiranya keadaan memerlukan mereka berada di lapangan,” katanya.
Mustapha juga menyerahkan agar fokus kesedaran perlu ada pada para pelajar dan graduan di dalam bidang pendidikan asas bencana kerana negara sering terdedah dengan banjir, tanah runtuh dan kebakaran.
“Jadi mengelakkan dari keadaan tidak terkawal elok juga masyarakat perlu mendapat pendedahan dan langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya perkara itu berlaku di kawasan mereka,” katanya lagi.