Penantian sudah berakhir! SWAP Asia, peneraju dalam inovasi rantaian bekalan dan perkhidmatan nilai tambahan, dengan bangganya membawa Meizu kembali ke Malaysia sebagai pengedar rasminya.
Terkenal untuk penyampaian teknologi termaju pada nilai yang tiada tandingan, Meizu bersedia untuk mentakrifkan semula pasaran telefon pintar di Malaysia. Dengan empat model mengagumkan yang memenuhi pelbagai keperluan dan belanjawan, rakyat Malaysia boleh menantikan ketibaan inovasi baharu yang digandingkan dengan tawaran dan perlindungan yang terhebat.
Kerjasama SWAP Asia dengan Meizu menandakan permulaan bab yang baharu bagi jenama tersebut di Malaysia dengan pengenalan telefon pintar yang menggabungkan prestasi lancar dengan reka bentuk anggun dan kuasa AI.
Dikuasakan dengan Flyme OS, peranti Android terbaharu ini menawarkan pengalaman pengguna intuitif yang dipertingkatkan lagi dengan kamera canggih dan penyelesaian bateri pintar.
“Kami sangat teruja untuk dilantik sebagai pengedar rasmi Meizu di Malaysia. Kerjasama ini
menandakan satu kejayaan yang mengujakan dengan peluang untuk memperkenalkan pelbagai ekosistem Dream Smart inovatif yang bermula dengan telefon pintar Meizu ke pasaran.
“Kami berharap untuk mentakrifkan semula pengalaman telefon pintar untuk rakyat Malaysia dengan nilai luar biasa Meizu dan teknologi yang tiada bandingan,” kata Raymond Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan SWAP Asia.
Barisan model telefon pintar Meizu yang boleh didapatkan di Malaysia termasuk:
a. Meizu Note 21
Gabungan sempurna prestasi dan kemampumilikan, Meizu Note 21 menawarkan paparan HD+ 6.74” dan cipset Unisoc T606 untuk operasi yang lancar. Bateri 6000mAh yang teguh dengan pengecasan pantas 18W memastikan penggunaan tanpa gangguan.
Dengan kamera utama 50MP dan kamera hadapan 8MP, pengguna boleh merakam momen terbaik kehidupan. Berharga RM549, ia boleh didapati dalam warna Titan Blue, Titan Black dan Angel White.
b. Meizu Note 21 Pro
Direka bentuk untuk mereka yang mahukan yang lebih , Note 21 Pro menawarkan paparan FHD+ 6.78” dengan kadar penyegaran 120Hz untuk menghasilkan visual yang menakjubkan.
Dikuasakan oleh cipset Mediatek G99, ia menampilkan bateri 5000mAh dengan pengecasan
pantas 30W. Kamera utama 64MP dan kamera hadapan 13MP menjadikan model ini pilihan
yang menonjol, berharga RM699 dan tersedia dalam warna Hawkeye Blue, Hitam dan Putih.
c. Meizu Mblu 21
Pada harga RM399, Mblu 21 membuktikan bahawa kemampumilikan tidak semestinya menjejaskan kualiti. Didatangkan dengan paparan HD 6.79”, cipset Unisoc T606 dan teknologi Smart Engine memanjangkan hayat bateri untuk kebolehpercayaan yang menjimatkan kos.
Kamera utama 13MP memastikan gambar yang jelas, manakala kamera hadapan 8MP sesuai untuk panggilan video dan swafoto. Tersedia dalam warna Oceanic Blue, Pearl White dan Stellar Black.
d. Meizu 21 (256GB)/ (512 GB)
Peranti utama Meizu 21 menggabungkan teknologi termaju dan reka bentuk yang diperhalusi. Menampilkan paparan AMOLED 6.55” dengan kadar penyegaran 120Hz dan visual HDR10+, ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 3.
Sistem tiga kameranya termasuk penderia utama 200MP untuk foto dan video berkualiti profesional. Pada harga RM1,999 untuk 256GB dan RM2,299 untuk 512GB, Meizu 21 boleh didapati dalam warna Infinite Black, Dynamic Purple dan Meizu White.