Beberapa penghakiman muktamad dari mahkamah-mahkamah di Malaysia dan UK terhadap Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu (Ranjeet), bekas Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Zavarco atas pelbagai kesalahan korporat dan penyelewengan dana termasuk pecah amanah.

Ranjeet juga adalah merupakan pengasas dan pengarah semasa kumpulan Vascory, kumpulan 3Lyon dan pemilik/pengawal benefisial Kuber Venture Berhad

Penghakiman-penghakiman muktamad terhadap Ranjeet:
(1) Penghakiman sebanyak €101.5 juta (lebih kurang RM 512 juta) dalam kes diantara Zavarco plc lwn Ranjeet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi UK kerana bersalah mengeluarkan saham syarikat awam (Zavarco Plc) kepada dirinya tanpa membayar balasan
tunai. Ini adalah kesalahan jenayah di UK.
(2) Penghakiman sebanyak RM 29 juta (tidak termasuk faedah) dalam kes diantara Zavarco Berhad lwn Ranjet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana secara salah
memanipulasi akaun Zavarco Berhad untuk menuntut wang untuk dirinya sendiri sebagai
bayaran balik untuk pendahuluan pengarah. Satu kesalahan jenayah di Malaysia.
(3) Penghakiman RM 61 juta (termasuk ganti rugi punitif dan teladan tetapi tidak termasuk
faedah) dalam kes Zavarco plc lwn Ranjeet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi Malaysia
kerana melesapkan RM 12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya. Satu kesalahan
jenayah di Malaysia.
1. Penghakiman mutlak dalam kes Zavarco plc lwn. Ranjeet Singh Sidhu, Mahkamah Tinggi UK mengarahkan Ranjeet Singh Sidhu membuat pembayaran €101.5 Juta termasuk faedah.

Dalam perkembangan kes perundangan, ketara yang Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu
(Ranjeet) kini berdepan dengan beban tuntutan yang besar berikutan keputusan  Mahkamah Tinggi UK dalam kes terhadapnya.

Mahkamah telah memerintahkan Ranjeet membayar €84 juta dan faedah tambahan kira-kira €17.5 juta kepada Zavarco plc, yang diterjemahkan kepada penghakiman lebih RM 500 juta dalam kadar pertukaran matawang semasa!

Walaupun Ranjeet telah membuat rayuan mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut, Hakim Mahkamah Rayuan di UK memutuskan bahawa Ranjeet tetap bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang ditetapkan kepada Zavarco plc.

Mahkamah Rayuan membuat kesimpulan pada 22 Julai 2022 bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk melepaskan Ranjeet daripada liabilitinya di bawah memorandum pertubuhan syarikat.

Ranjeet telah menubuhkan Zavarco plc di UK di bawah Akta Syarikat 2006 (CA2006) untuk
tujuan dijadikan syarikat induk penyenaraian di suatu bursa saham Eropah kepada kumpulan Zavarco di Malaysia dengan objektif untuk mendapatkan pelaburan antarabangsa bagi pembangunan rangkaian telekomunikasi gentian optik di Malaysia.

Dia mendakwa bahawa percubaannya sebelum ini untuk mendapatkan wang pelaburan tersebut melalui sebuah syarikat di Malaysia tidak begitu berjaya. Sebaik sahaja Zavarco plc diperbadankan, pemegang saham syarikat Malaysia sepatutnya menukar pegangan saham mereka dalam syarikat itu kepda saham baharu dalam Zavarco plc, yang kemudiannya akan disenaraikan di Bursa Saham Frankfurt.

Di bawah proses pengaturan ini, Ranjeet, bertindak sebagai salah seorang pemegang saham di syarikat Malaysia tersebut, secara tidak jujur memperuntukkan dirinya sebanyak 840 juta saham dalam Zavarco plc setiap satu dengan nilai nominal €0.10 dan tanpa membayar sebarang wang.

Menurut perancangan untuk menipu, lebih ketara Zavarco plc tidak akan menerima wang
tunai sebagai pertukaran untuk memperuntukkan saham baharu. Sebaliknya, ia akan memperolehi saham sedia ada dalam satu syarikat di Malaysia yang lain.

Untuk mencapai matlamat seperti ini, Zavarco plc wajib dari segi undang-undang untuk mendapatkan penilaian saham sedia ada, saham-saham ataupun aset-aset dalam syarikat di Malaysia itu sebelum apa-apa perancangan koperat penukaran saham boleh dilakukan, melainkan pengaturan sebegitu dibuat sebagai sebahagian daripada penggabungan yang dikecualikan oleh kerajaan.

Selanjutnya, perjanjian pertukaran saham antara pemegang saham syarikat di Malaysia dan Zavarco plc sepatutnya menggunakan satu jadual penetapan nilai saham. Jadual pertukaran saham Zavarco plc itu bertujuan menetapkan pemegang saham mana yang akan memperoleh saham dalam Zavarco plc.

Walau bagaimanapun, jadual itu telah dengan sengaja dibiarkan kosong, untuk tujuan menipu Zavarco plc. Justeru itu, tidak jelas siapa yang memegang saham sebenarnya dalam syarikat di Malaysia itu ataupun siapa sememangnya berhak mendapatkan saham baru yang dipindahkan kepada Zavarco plc.

Di samping itu, tiada sebarang laporan penilaian saham atau aset pernah dihasilkan atau
diberikan kepada pemegang saham Zavarco oleh Ranjeet. Berikutan penyenaraian itu,
harga saham Zavarco plc pada mulanya bertahan agak baik.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja pelepasan tempoh larangan penjualan saham tamat, harga saham Zavarco plc terus merudum. Zavarco plc kemudian membawa prosiding terhadap Ranjeet, khususnya dimana Zavarco plc mendakwa bahawa terdapat pelanggaran seksyen 593 CA2006 dan bahawa Ranjeet dikehendaki membayar sejumlah €84 juta berhubung dengan saham yang telah diperuntukkan kepadanya.

Adalah menjadi asas umum bahawa tiada penilaian telah dijalankan sebelum masa tersebut dan oleh itu Ranjeet tidak mematuhi seksyen 593 CA2006. Dalam prosiding di UK, persoalan utama bagi mahkamah ialah sama ada skim pertukaran saham itu adalah “aturan koperat” (corporate arrangement) bagi pertukaran saham Zavarco plc oleh Ranjeet yang boleh dikatakan termasuk dalam pengecualian seksyen 594.

Mahkamah Tinggi UK kemudiannya mendapati bahawa tidak ada sebarang "aturan koperat (corporate arrangement) untuk tujuan seksyen 594 dalam Zavarco plc. Untuk menggunakan pengecualian tersebut, transaksi yang dicadangkan memerlukan tahap keselarasan asas yang menepati undang-undang syarikat di UK.

Khususnya, perlu jelas siapa yang akan memindahkan saham mereka kepada Zavarco plc dan berapa banyak saham dalam Zavarco plc yang akan diterima oleh setiap orang tersebut sebagai balasan pertukaran saham syarikat di Malaysia. Pengaturan yang sama diperlukan untuk menangani kedua-dua pemindahan oleh pemegang saham asal di Malaysia dan bagi peruntukan seterusnya saham Zavarco plc kepada setiap pemegang saham syarikat Malaysia.

Walau bagaimanapun, pertukaran saham dalam kes ini tidak mematuhi seksyen 594 CA2006 atas pelbagai sebab yang tidak munasabah. Akibatnya, pengecualian dalam seksyen 594 tidak terpakai dan perkiraan itu melanggar seksyen 593 CA2006 dan Ranjeet didapati bertanggungjawab membayar €84 juta untuk saham yang diterimanya secara percuma.

Keputusan itu menekankan kepentingan syarikat awam dan pemegang saham mereka untuk memastikan keperluan berkanun dipatuhi apabila memperuntukkan saham baharu.
Keperluan bagi memperuntukkan saham baharu untuk pertimbangan bukan tunai perlulah
tepat dengan penilaian yang betul dan kegagalan untuk mematuhinya boleh membawa
akibat yang ketara.

Dari perspektif syarikat, kegagalan untuk mematuhi seksyen 593 CA2006 adalah satu kesalahan jenayah. Di samping itu, tanpa menjalankan penilaian yang sewajarnya bagi mana-mana saham atau aset bukan tunai, sesuatu syarikat akan menghadapi risiko kekurangan modal dan berkemungkinan tidak dapat memenuhi hutangnya.

Dari perspektif lembaga pengarah, membenarkan pembahagian saham tanpa penilaian bebas berkemungkinan besar menjadi pelanggaran kewajipan berkanun kepada syarikat. Secara khususnya, pengarah boleh didakwa mengambil risiko bertindak di luar bidang kuasa mereka, tanpa penjagaan yang munasabah, kemahiran atau ketekunan, atau dengan cara yang tidak mementingkan keupayaan syarikat untuk manfaat ahlinya.

Di samping itu, mana-mana pengarah syarikat yang ingkar juga boleh ddakwa melakukan
kesalahan jenayah.

2. Dalam saman Zavarco plc lwn Ranjeet Singh Sidhu di Mahkamah Tinggi Malaysia, mahkamah memerintahkan Ranjeet Singh Sidhu membuat bayaran penghakiman RM61,042,063 kepada Zavarco plc termasuk ganti rugi punitif dan teladan (tidak termasuk faedah) dan pengisytiharan bahawa Ranjeet telah melakukan jenayah pecah amanah.

Untuk satu kes lain dan tidak berkaitan dengan kes di atas, Zavarco plc melalui Mahkamah
Tinggi Malaysia telah menyaman Ranjeet sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Zavarco dan Encik Loo Seng Kit iaitu bekas Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Zavarco,
untuk satu penyelewengan wang pelabur lebih RM 12 juta yang telah dilesapkan oleh
Ranjeet dengan bantuan Loo Seng Kit ke dalam akaun bank peribadinya dan akaun bank
rakan-rakannya.

Mahkamah Tinggi pada 24 April 2018, telah memerintahkan Ranjeet dan Loo membayar balik wang RM 12 juta yang di curi kepada Zavarco plc (masih belum dibayar sehingga hari ini).

Mahkamah juga merekodkan satu deklarasi bahawa Ranjeet dan Loo telah bertindak dalam
cara yang memungkiri kewajipan-kewajipan dan/atau obligasi-obligasi kontraktual, statutori dan/atau peraturan, fidusiari dan/atau undang-undang lazim mereka sebagai pengarah-pengarah eksekutif dan/atau pengarah-pengarah Zavarco plc.

Dengan kata lain, Ranjeet dan Loo telah melakukan jenayah pecah amanah. Ranjeet dan Loo telah memfailkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan dan kemudiannya di mahkamah Persekutuan, di mana rayuan-rayuan mereka telah ditolak sebulat suara dengan kos.

Mahkamah juga telah memerintahkan penghakimkan bayaran ganti rugi am kepada Zavarco plc serta ganti rugi punitif dan teladan berjumlah kira-kira RM 49 juta terhadap Ranjeet dan Loo

3. Dalam saman Zavarco Berhad lwn Ranjeet Singh Sidhu (tuntutan balas) di Mahkamah Tinggi Malaysia, mahkamah memerintahkan Ranjeet Singh Sidhu membuat bayaran penghakiman RM29,412,470 kepada Zavarco Berhad dan pengisytiharan bahawa Ranjeet telah melakukan jenayah pecah amanah.

Dalam satu lagi kes lain, Ranjeet telah menipu cuba menuntut wang daripada Zavarco
Berhad dengan mengubah akaun Zavarco Berhad. Mahkamah Tinggi telah menolak tuntutan Ranjeet dan sebaliknya memberikan ganti rugi khas yang perlu dibayar oleh Ranjeet kepada Zavarco Berhad berjumlah lebih RM29 juta.

Mahkamah Tinggi Malaya juga merekodkan pengisytiharan berasingan bahawa Ranjeet telah bertindak dalam cara yang memungkiri kewajipan-kewajipan dan/atau obligasi-obligasi kontraktual, statutori dan/atau peraturan, fidusiari dan/atau undang-undang lazim mereka sebagai pengarah-pengarah eksekutif dan/atau pengarah-pengarah Zavarco Berhad.

Secara ringkasnya, Ranjeet dikatakan telah melakukan jenayah Pecah Amanah terhadap Zavarco Berhad. Seterusnya Ranjeet telah memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan kemudiannya di mahkamah Persekutuan, di mana kedua-dua rayuan beliau ditolak sebulat suara dengan kos.