Menurut kajian baharu yang dikeluarkan hari ini oleh Oxford Economics, firma penyelidikan dan penganalisis terkemuka, mungkin akan terdapat kerugian RM346 juta pada sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2040 jika dasar Generational End Game (GEG) dilaksanakan.

Potensi kehilangan aktiviti ekonomi daripada sektor tembakau dan rantaian bekalannya juga boleh mengakibatkan kehilangan lebih 2,700 pekerjaan dalam ekonomi formal dan tambahan RM1.2 bilion dalam ketirisan cukai tahunan akibat perdagangan haram menjelang 2040.

Oxford Economics seterusnya menyatakan bahawa nilai sebenar kerugian mungkin lebih besar kerana angka dalam laporan itu tidak mengambil kira sumbangan terbaru industri vape setelah industri itu disahkan di Malaysia.

Kajian Oxford Economics menunjukkan bahawa mengharamkan vape boleh menjejas potensi sumbangan cukai sektor itu yang dianggarkan RM 1 bilion setahun.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa pelaksanaan dasar GEG boleh menyebabkan pertumbuhan dalam pasaran tembakau dan vape seludup, kerana Malaysia mempunyai salah satu masalah penyeludupan tembakau terbesar di dunia.

Dianggarkan tambahan 1.2 bilion rokok seludup boleh didapati dalam pasaran setiap tahun menjelang tahun 2030 jika langkah ini dilaksanakan, dalam senario di mana pengguna yang terkesan dengan GEG bertukar kepada alternatif seludup, berbanding jika dasar GEG tidak dilaksanakan

Oxford Economics dalam laporan itu berkata, walaupun dasar GEG adalah idea yang berani, analisis yang terperinci mengenai potensi risiko, terutamanya apabila terdapat ketidakpastian berhubung penguatkuasaan dasar, dan kos pertukaran kompleks dan faedah yang terhasil daripada pelaksanaan dasar GEG.

Penilaian yang teliti harus dilakukan terhadap potensi kos, faedah dan risiko yang boleh berlaku.

Laporan itu menekankan tiga kemungkinan hasil daripada pelaksanaan GEG, yang mana Hasil 3 adalah yang paling munasabah.

Hasil 1: Dasar GEG bertujuan untuk menghapuskan penggunaan tembakau sah dan produk vape untuk individu yang dilahirkan pada atau selepas 2007, dengan syarat penguatkuasaan yang ketat.

Hasil 2: Dasar GEG tidak akan memberi kesan yang diharapkan kerana kekurangan polisi penguatkuasaan yang menyebabkan tiada perubahan dalam penggunaan tembakau dan produk vape untuk individu yang dilahirkan pada atau selepas 2007 dan kohort GEG akan terus menggunakan produk yang sah, produk bercukai dan produk tembakau / vape seludup dengan cara yang sama seperti yang dilakukan hari ini.

Hasil 3: Dasar GEG tidak akan memberi hasil yang diharapkan kerana kekurangan penguatkuasaan dasar dan kohort GEG akan bertukar sepenuhnya kepada produk tembakau dan vape yang haram.

Laporan itu juga mengesyorkan beberapa pertimbangan penting untuk pihak berkuasa Malaysia, sambil menilai kebolehlaksanaan dasar GEG sebelum pelaksanaannya seperti kos dan kerumitan penguatkuasaan dan kesan ke atas matlamat kesihatan awam di bawah senario penguatkuasaan yang lemah, kemungkinan pengguna kohort GEG bertukar kepada produk tembakau haram ekoran dasar GEG.

Selain itu, kerugian ekonomi akibat pertukaran pengguna melalui hasil cukai yang hilang, kesan kepada hasil pendapatan industri dan kesan ke atas industri lain, kesan sosio-ekonomi yang lebih luas daripada perdagangan haram dalam produk tembakau dan implikasi dasar GEG jika ia membawa kepada peningkatan dalam penggunaan haram dan kesan pengagihan dasar GEG terhadap harga dan kuasa beli isi rumah dan implikasi kesan harga untuk selain pengguna beralih kepada barangan haram.