Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) akan meneruskan bantuan penjadualan semula bayaran kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana bagi menyokong perniagaan mereka yang mungkin terjejas berikutan pelaksanaan Penutupan Penuh di seluruh negara bermula 1 Jun 2021.
Pandemik Covid-19 yang menular ke seluruh negara telah menjejaskan kehidupan masyarakat dan ekonomi, menyebabkan ramai pengusaha mengalami kesukaran untuk meneruskan perniagaan mereka. Sepanjang pandemik ini, CGC komited untuk memberikan sokongan terbaik kepada para usahawan.
Memahami kesukaran kewangan para usahawan akibat pandemik Covid-19, CGC menawarkan perlindungan jaminan kepada Institusi-Institusi Kewangan peserta yang terlibat dengan Dana Bank Negara Malaysia untuk Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (Targeted Relief and Recovery Facility)
Bagi membolehkan usahawan meneruskan perniagaan, CGC menawarkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (Targeted Repayment Assistance). CGC juga turut membantu pelanggan yang memerlukan Kemudahan Penjadualan & Penstrukturan Semula (Rescheduling & Restructuring – R&R) pembiayaan / pinjaman. Matlamat kemudahan R&R yang disediakan oleh CGC ini adalah untuk membantu pelanggan kami pada waktu yang mencabar ini.
Pelanggan yang memerlukan bantuan dan maklumat boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan CGC di talian 03-7880 088, e-mel [email protected] atau log masuk ke www.imsme.com.my, platfom rujukan pembiayaan / pinjaman dalam talian untuk usahawan.