Lazat dan berkhasiat Jasmine Sunwhite merupakan gandingan sempurna untuk gaya hidup yang disyorkan di Malaysia.
Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd (Jasmine Food), syarikat beras Malaysia yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan varian beras wangi mereka, Jasmine Sunwhite.
Beras wangi premium ini diimport, yang mana ia baru dituai antara bulan November hingga Mac bagi memberi kualiti terbaik dan paling segar untuk setiap isi rumah rakyat Malaysia.
“Kami sangat gembira untuk membawakan kedatangan musim menuai baharu Jasmine Sunwhite sebagai produk beras premium kami.
Ia merupakan beras wangi yang paling dinanti-nantikan bagi setiap tahun, yang memiliki tekstur lembut dan bau harum yang menyajikan pengalaman menjamu selera yang enak.
Ia juga merupakan karbohidrat yang enak bagi karbohidrat yang baik untuk mengimbangi pengambilan pemakanan harian apabila digabungkan dengan sumber makanan sihat yang lain,” kata Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food.
Beras Jasmine Sunwhite mengeluarkan aroma seakan-akan bunga Melur, berserta rasa yang manis dan halus. Ia sangat sesuai apabila dilengkapi dengan hidangan masakan Cina.
Varian berkenaan memberi sumber karbohidrat yang bermanfaat untuk tubuh badan. Pengambilan karbohidrat yang baik adalah penting untuk menggalakkan pemakanan sihat yang seimbang yang dikenali sebagai Pinggan Sihat Malaysia (MHP), yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dengan memperkenalkan MHP sebagai kempen seluruh negara, penekanan yang lebih luas diberikan untuk meninggikan piawaian pemakanan di Malaysia.
Dengan memfokuskan istilah “Suku Suku Separuh” atau “Quarter Quarter Half”, MHP mengesyorkan untuk membahagikan bahagian pinggan kepada satu suku bahagian untuk karbohidrat, satu suku bahagian untuk protein dan separuh bahagian untuk buah-buahan dan sayur-sayuran.
Di sinilah beras Jasmine Sunwhite menjadi pilihan yang hebat untuk rakyat Malaysia memenuhi pengambilan karbohidrat harian mereka yang disyorkan demi diet yang seimbang.