Cili atau nama saintifiknya Capsicum annum adalah tanaman sayuran yang popular di Malaysia.

Sebagai negara yang mempunyai kepelbagaian makanan dan bangsa, cili merupakan perasa utama di kalangan rakyat negara ini.

Antara khasiat cili ia bersifat antibiotik, berupaya mengurangkan tahap kolestrol LDL bagi individu yang obes dan juga sebagai bahan antioksida.

Kandungan Vitamin C dalam cili adalah 8 kali lebih banyak daripada limau. Vitamin C adalah antioksidan yang larut air yang kuat. Ia diperlukan untuk sintesis kolagen dalam badan.

Pengenalan

  • Cili (Capsicum annum) dan Cili api (Capsicum frutescent) – Sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae
  • Variati tempatan- kulai, cili bangi
  • Hybrid F1- 151,568,228,,469,461, Abang Pedas 9000,Yong Peng 933 dan lain2
  • Variety cili api yang berpotensi termasuk cili bara, centil, Full sky dan lain-lain.

Ciri-Ciri Tanaman

  • Akar – Mempunyai sistem akar tunjang dan akar serabut
  • Batang – Bercabang dan berwarna hijau. Ruas berwarna hijau atau ungu bergantung kepada variety
  • Daun – Berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk broad ovete. Saiz daun dari kecil ke sederhana besar bergantung kepada varieti
  • Bunga – Mempunyai 5 petal berwarna putih, keluar dari ketiak daun, bentuk pendant.
  • Buah – Bentuk tirus (elongated)
  • Biji – Berwarna kuning dan beratnya 3.5-5.0 gm/1000 biji
  • Cara pendebungaan – Persenyawaan sendiri (self-pollinated). Walaubagaimanapun persenyawaan silang juga berlaku sehingga 30%

Pemilihan Varieti

  • Varieti menentukan kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran
  • Setiap varieti mempunyai sifat pokok dan tempoh berhasil yang berbeza
  • Ketahanan terhadap penyakit pokok juga berbeza mengikut varieti
  • Benih yang baik biasanya adalah biji benih hybrid,walaupun benih hibrid lebih mahal namun peratus percambahan yang tinggi berbanding biji benih bukan hibrid.

 

Semaian Cili

  • Tempoh semaian – 25 – 35 hari
  • Media semaian – ‘peat moss’ atau habuk sabut ataupun campuran habuk sabut dan peat moss (nisbah 3:1)
  • Siraman semaian – dengan air baja 1.0 – 1.5 e.c
  • Bekas semaian – dulang semaian 104 lubang

Sanitasi Proses Kawasan Penanaman

• Rumah hujan/Kawasan penanaman perlu bersih- tiada warna hijau
• Pasang blue n yellow sticker
• Fogging sebelum menanam 2 minggu sebelum tanam
• Sembur racun serangga dan kulat sebelum pindah anak benih ke ladang

Kawasan Penanaman

-Sanitasi perlu dilakukan setiap kali selepas menuai hasil dan sebelum memulakan penanaman baru dalam tempo 7 – 14 hari

-Membersihkan kawasan dari rumpai-perumah serangga perosak dan penyakit

Pensterilan dilakukan dengan menggunakan menggunakan bahan pembasmi kuman seperti Dettol , Cidol, Clorox, Racun Kulat dan Serangga

–Lantai kawasan penanaman atau SPT atas dan bawah plastik
–Jaring kalis serangga
–Polibeg dan alas (cth : batu bata)

Media Penanaman

  • Media tanaman (cocopeat) perlu disteril/rawat setiap kali penggunaan
  • Siraman basah boleh dilakukan menggunakan Dettol dan klorox
  • Media yang telah ditanam dengan tanaman yang diserang bakteria atau virus hendaklah dielak dari digunakan

Sistem Pengairan

• Kurang diamalkan
• Masukkan clorox dalam tangki dan alirkan melalui semua sistem pengairan (3 hari sebelum tanam)

Pekerja

• Pemakaian yang bersih setiap kali memasuki kawasan penanaman/SPT
• Rancang aktiviti pekerja – mulakan dengan tanaman baru
• Larangan merokok di kawasan penanaman
• Amalkan penggunaan bahan antibakteria bagi mencuci tangan dan alatan ladang (selepas digunakan)

Sisa Tanaman

• Bakar / tanam sisa tanaman
– Pokok yang sudah tidak mengeluarkan hasil
–Daun berpenyakit
• Buat kompos
– nilai tambah

Tatacara Pelawat

• Buat temujanji bagi memastikan semua keadaan tersedia
• Pastikan pelawat tidak pergi ke ladang lain sebelum datang ke tempat tuan-tuan
• Pastikan pelawat dalam keadaan bersih
• Dilarang merokok di kawasan sekitar

Kalau boleh,

– NO ENTRY –
Jangan benarkan pelawat masuk jika tanaman berada dalam keadaan berpenyakit

Pengurusan Tanaman Cili

Maklumat Asas

• Jarak tanaman – jarak 60-75 cm dalam baris, 75 cm jarak antara baris dan lorong kerja 90-120 cm
(bergantung kepada varieti).
• Bekas tanaman – Polibeg saiz 16’ x 16’
• Kepadatan – 4000 beg/ 1ekar
• Cili – 1 atau 2 pokok/beg
• Potensi hasil cili 2 – 2.5 kg/pokok

Petunjuk Prestasi Tanaman Cili

• Pindah ke ladang umur 25 – 30 hari
• Minggu ke 3 diladang, pokok mulai berbunga.
• Ketinggian pokok pada umur 3 minggu di ladang melebihi 30cm
• Umur 3 minggu di ladang, daun tua lebar (2 – 3 jari) dan hijau tua

Membilas Media

• Bahan – air bersih pH 6.0 – 6.3
• Kekerapan – Seminggu sekali
• Jika ada simptom pH rendah, bilasan dibuat 3 hari berturut (rawat media menggunakan hydrated lime @ kapur larut air)

Kawalan Serangga Dan Penyakit

Penyakit yang biasa menyerang tanaman cili adalah

• lalat putih (Bemisia tabaci) – Imidaclorpid, abamectin, diafenthiuron
• afid (Aphis gossypii) – Imidaclorpid, cypermethrin, malathion
• kutu trip (Thrips sp.), – Imidaclorpid, fipronil, delthamethrin
• Hama (Polyphagotarsonemus latus) – sulfur, fenpyroximate, malathion
• ulat ratus (Spodoptera sp.) – fipronil, cypermethrin, imidaclorpid
• ulat pengorek buah (Helicoverpa armigera)- cypermethrin,
• lalat buah (Bactrocera latifrons). – cypermethrin, delthametrin
• Antraknos – mancozeb, carbendazim, propineb
• hawar pucuk dan layu bakteria – copper hydroxide, trifloxystrobin
* Layari Portal Rasmi Jabatan Pertanian – Maklumat Racun Perosak
Atau buat carian di Google – Taip SISMARP (SISTEM MAKLUMAT RACUN MAKHLUK PEROSAK

Kutu Trips

Simptom

• Daun keras.
• Daun melengkung ke atas.
• Bawah daun berwarna perang.
• Daun menjadi tirus.
• Daun gugur.

Kaedah Kawalan

• Sembur racun serangga
• Guna plastik bersinar
• Guna pelekat warna kuning / biru (dalam struktur pelindung hujan)
• Buang rumput rumpai

Bahan Aktif (Contoh Racun)

• Profenofos (Selecron 500 EC®, Elak 45 EC®)
• Furathiocarb (Deltanet 200 EC®)
• Prothiophos (Tokuthion 500EC®)
• Imidaclorprid (Confidor 100SL®, Confidor 200SL®, Zen 200®)
• Fipronil (Regent 80WG®)

Hama

Simptom
• Terdapat kesan parut berwarna perang.
• Buah berkerekot.

Kaedah Kawalan
• Sembur racun hama
• Kawalan rumpai di persekitaran

Bahan Aktif (Contoh Racun)
• Propargite (Omite 57EC®, 30WP®)
• Dicofol (Kelthane EC®, Meto EC®, Trithane EC®)
• Chinomethionat (Morestan®)
• Amitraz (Ectodec EC®, Mitac 20EC®, Taktic EC®)

Penyakit Disebabkan Virus

• Dikenali sebagai penyakit Mozek virus
• Akibatnya bunga dan buah tidak ada malah pokok tidak membesar
• Serangan seluruh pokok, amat ketara boleh dikesan pada bahagian pucuk daun.
• Simtom serangan daun menjadi kerekot,kerinting, pokok terbantut dan tidak menghasilkan buah.
• Virus ini disebabkan bawaan oleh “Kutu Trips”.

Hawar Pucuk

Simptom
• Pucuk reput dan lembap.
• Pucuk berwarna hitam.
• Kadangkala kulat tumbuh seperti bulu.
• Jika jangkitan teruk, kulat akan merebak ke seluruh pucuk dan seterusnya ke seluruh pokok.

Kaedah Kawalan
• Buang bahagian yang dijangkiti
• Sembur racun kulat
• Jaga kebersihan ladang
Bahan Aktif (Contoh Racun)
• Propineb (ANTRACOL 70 WP®, MOMENTO 70 WP®, BM ANTRA®)
• Mancozeb (DITHANE GR®, BM MANCOZEB®, D-TANE 80WP®)
• Chlorothalonil (DACONIL S®, ODYSSEY 500®, ANCONIL 500®)
• Trifloxystrobin (NATIVO®)
• Tebuconazole (FOLICUR®, TEBCO®, KENCUR®)

Antraknos / Bintik Berpusar
• Amalkan pengudaran yang baik dan kebersihan ladang.
• Buang Bahagian yang dijangkiti
• Semburan Racun Kulat Contoh A.i mancozeb, Carbendazim,
• Contoh Racun – Antracol 70 WP, BM Antra, BM Mancozeb

Penuaian Hasil
• Penuaian hasil bermula 60 hari selepas penanaman.
• Pengeluaran berterusan sehingga 4 atau 5 bulan.
• Kuantiti hasil bagi sepokok cili sekitar 2.5kg

Dari Sudut Pengalaman

• Cili memerlukan TE (unsur tambahan@foliar) yang lebih terutama pada peringkat matang – calboron,micro nutrien
• Kekeliruan kekurangan nutrien (pucuk/daun muda) & simptom perosak

Dari Sudut Pengalaman
• Tanaman dari keluarga soalanacea (contohnya terung, cili dan tomato..) memerlukan pengudaraan yang mencukupi.
• Pemberian air/baja berlebihan (media terlebih lembap) akan mengakibatkan kehadiran kulat dan mudah berjangkit

  • Maklumat ini dipetik dari nota Pegawai Jabatan Pertanian MUHAMMAD AKMAL AHAMAD PUDZI, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Kompleks Pertanian Serdang, Selangor